Wednesday 20 November 2013

Vitamin sintetik vs vitamin semulajadi Shaklee

Produk Shaklee terdiri daripada pelbagai produk makanan tambahan, penjagaan diri dan penjagaan rumah. Ia adalah dari bahan semulajadi, yang terbukti selamat dan berkesan. Malah telah melalui banyak ujian klinikal sebelum sampai ke pengguna. 

Kebanyakan produk di pasaran yang mengandungi Vitamin C adalah dari sumber sintetik, contohnya asid askorbik yang dimasukkan ke dalam tablet. Ia terhasil daripada ujian makmal bagi menggantikan Vitamin C sebenar. Harganya lebih murah tetapi khasiatnya tidak dapat digunakan sepenuhnya oleh pengguna. Sebagai contoh, daripada 100mg Vitamin C/tablet, penyerapan badan mungkin hanya pada kadar 10-20 mg sahaja. Dan selebihnya dibuang begitu sahaja. Bukan ia satu pembaziran kepada wang yang diperuntukkan untuk membeli Vitamin C sintetik tersebut ? Jadi kenapa pilih sintetik ? 
 
Lihat kepada hasil analisa kromatogram ke atas sumber Vitamin C ini. 

Garisan yang jelas dan bergalur bahagian tepi didapati pada corak bahan-bahan semula jadi adalah disebabkan oleh enzim dan aktiviti enzim yang berlaku. Semakin jelas garisan tersebut menunjukkan terdapat unsur semulajadi yang kuat di dalam bahan tersebut. Perkara penting yang perlu ingat bukan sahaja sumbernya sahaja tetapi juga proses yang terlibat dalam menentukan produk akhir. Ini kerana manusiatidak boleh mencipta produk yang penuh dengan enzim jika anda menghasilkan produk menggunakan haba yang tinggi. Ini akan hanya  memusnahkan enzim. Sama seperti anda tidak boleh mengambil kentang dan rebus dan kemudian menanamnya dan mengharapkan ia berkembang.

Mari kita lihat pada gambar pertama. Satu adalah C semulajadi (gambar kiri atas) dan Vitamin C sintetik (asid askorbik), Jus Orange Asli (gambar kiri bawah) dan jus oren sintetik yang anda biasa lihat di kedai runcit. Perhatikan kejelasan garisan dan tepi sisi bergalur tersebut. Ada perbezaan bukan ?
Sekarang, perhatikan garisan dan galuran tepi yang sama yang wujud ke atas produk yang dihasilkan oleh Shaklee, iaitu multivitamin Vita  Lea dan Vitamin C. Garisan tersebut semakin jelas. Bukankah ia satu penanda bahawa produk Shaklee adalah daripada sumber semulajadi ? 


Vitamin C Shaklee adalah diekstrak daripada bioflavanoid yang didapati daripada kulit oren yang mempunyai kandungan Vitamin C lebih tinggi daripada isi oren itu sendiri. Malah ia ditambah baik dengan biji anggur yang meningkatkan kandungan Vitamin C. Selain itu, istilah "bio" digunakan kerana ia dapat meresap masuk ke sel selular badan yang paling seni bagi tujuan penyerapan yang tinggi. 

Jadi, penyerapan khasiat ini dapat meningkatkan sistem imunisasi badan bagi melawan penyakit. Malah pengguna dapat melihat manfaat daripada perubahan kulit yang kusam kepada "glowing", mengurangkan stress, membantu penyerapan nutrien dari yang diambil dari makanan, mengurangkan risiko gusi berdarah dan turut membantu dalam pemulihan arthritis dan pembentukan pelincir pada sendi. Itu adalah sebahagian daripada manfaat menjadi lebih sihat dan dapat melakukan aktiviti/kehidupan seharian dengan lebih yakin dan gembira. Pada harga yang lebih murah jika dibandingkan dengan kualiti produk, berbanding dengan vitamin sintetik, pengguna mendapat kesan dan hasil yang meyakinkan.  Nilai wang ringgit yang dilaburkan dimanfaatkan dengan kesihatan yang baik. Bukankah itu menguntungkan ?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...