Wednesday 7 May 2014

Mealshake Promosi Bulan Mei 2014

Promo Mei 2014 : Meal Shakes - French Vanilla




Ini dia rupa Meal Shakes yang glamer tuh... kalah retiss u know..hahahhh..
 Meal Shakes tu apa sebenarnya? Mari sini saya nak cerita. 

Meal Shakes merupakan mulitvitamin yang didatangkan dalam bentuk serbuk. Ia mengandungi :
  • 19 jenis vitamin dan mineral penting yang sangat diperlukan bagi proses tumbesaran yang sihat.
  • merupakan sumber serat dan protein yang baik
  • membekalkan kalsium untuk memenuhi keperluan harian tubuh
  • mempunyai indeks glisemik yang rendah ( G.I) iaitu glukosa dilepaskan dengan perlahan-lahan ke dalam badan mengikut keperluan
Ramai yang cakap Meal Shakes ni best...betul ke?

Haaa... yang ni saya gerenti saya setuju dengan statement di atas. Bagi saya, rasa Meal Shakes yang ala-ala French Vanilla tu sangatlah best..lagi-lagi bila saya minum sejuk-sejuk. Resepi yang biasa saya buat, saya akan bancuh 2 sudu meal shakes + 2 sudu besar Milo + 300ml air sejuk. Shake2 kan ia...then minum..perghhh! Nyaman bangat... Meal Shakes ni pun sesuai jugak kalau nak dicampur dengan jus buah. Trylaaa..gerenti tak menyesal punya. Ada jer yang berani jamin, Meal Shakes + susu segar rasanya ala2 milk shake yang dijual di Mc D. Sesuai untuk meal replacement, jadi kita tak nak lunch pun tak pe coz perut rasa full je lepas minum Meal Shakes. oh ya, kalau tak suka minum sejuk-sejuk, Meal Shakes juga boleh dibancuh dengan air suam @ panas jugak. Bergantung kepada selera tekak masing-masinglah kan.

Meal Shakes sesuai tak untuk kanak-kanak?

Meal Shakes biasanya dicadangkan untuk kanak-kanak yang berusia setahun ke atas. But of course la kuantiti yang diperlukan oleh kanak-kanak setahun takkan sama dengan mereka yang berusia 3, 7, 10 dan 12 tahun ke atas. Jadi macam mana nak tahu dos yang sesuai? Opsss, sorry saya tak boleh nak share kat sini. Sukatan yang sesuai hanya akan diberi khas kepada customer vitamineshoppe je tau.

Healing crisis dengan Meal Shakes...ada tak?

Setakat saya sekeluarga amalkan Meal Shakes, rasanya tak ada healing crisis sangat kot. Apa yang saya perasan, sistem pelawasan semakin baik coz Meal shakes mengandungi kandungan serat yang tinggi. Anak saya, Faris pula jarang mendapat demam & selsema. Selain itu, Faris juga sangat gemar makan Omega Guard. Mungkin antibodi badannya dah kuat..jadi sakit agak sukar untuk menyerang. Namun semuanya dengan izin Allah jugalah..


Saya berminat nak amalkan Meal Shakes..bagaimana sukatan yang sesuai?

Sukatan yang dicadangkan adalah 1/4 cawan atau 34g dan dibancuh dengan 237 ml atau 8 oz air sejuk/ panas ataupun susu segar. Untuk rasa yang lebih enak, blend meal Shakes + susu segar bersama ais dan nikmatilah rasa Meal Shakes yang mengenyangkan. Yummmyyyy!



Saya masih lagi was-was...halalkah Meal Shakes?

Alhamdulillah, Shaklee telah memperbaharui sijil halalnya setiap tahun. Dan untuk tahun 2014 pun dah ada sijil Halal Shaklee. Jadi, tak perlu ragu lagilah tentang status halal Shaklee. Takkanlah saya berani nak jual kalau saya tahu Shaklee tak halal. Saya juga mahu cari keberkatan dalam perniagaan saya. Insya Allah. Jadi, tak perlulah saudara-saudari ragu-ragu lagi tentang isu halal Shaklee yer.

Semua produk Shaklee adalah halal. No worries k?

Setakat ni dulu cerita-ceriti tentang Meal Shakes.. Kalau ada persoalan tentang Meal Shakes, bolehlah kemukakan soalan kepada saya. 

Berminat nak jadi ahli, jom sertai kami di sini. Jana pendapatan tambahan bersama kami. Saya sentiasa bersedia untuk membantu. Di mana ada kemahuan, di situ sentiasa ada jalan!
 

Wednesday 2 April 2014

Promo bulan April 2014: Ostematrix Shaklee

Macam mana nak kurangkan Osteoporosis??




Kepadatan tulang manusia akan mencapai tahap yang paling maksimum di sekitar usia 20-25 tahun. Selepas 25 tahun kepadatan tulang manusia akan mula merosot, Tahap kemerosotan pada tulang kita bergantung kepada beberapa faktor. Faktor risiko ini terbahagi kepada 2 jenis iaitu yang tak boleh diubah dan yang boleh kita ubah. Faktor yang tak boleh diubah contohnya umur 50 tahun ke atas, wanita Asia, menopos, faktor genetik, dan sebagainya.

Faktor risiko boleh ubah seperti kurang pengambilan kalsium, tidak bersenam, kurus kering, merokok, pengambilan alkohol, pengambilan ubat-ubatan seperti steroid, diuretik dan ubat sawan. Haa, faktor yang boleh ubah ni kita boleh elakkan ye kawan2..

So, bagaimana kita boleh kurangkan risiko osteoporosis?
Kat bawah ni cara-caranya...;)

• Bersenam - cth berjalan, joging, main tenis, menari, angkat berat dsb. Bersenam ni bukan je menguatkan otot-otot dan meningkatkan stamina, tulang pun jadi kuat dan tebal. Amalkan bersenam selalu setidak-tidaknya 3x seminggu, 15-30 minit setiap sesi.


• Diet yg kaya vitamin D dan kalsium - pakcik dan makcik berumur lebih 65 tahun dan akak yg dah menopos kena makan 1200-1500mg kalsium setiap hari. Kita yg muda2 ni kena amik 1000mg kalsium setiap hari...Vitamin D pun penting, yang berumur 18 tahun ke atas kena amik 400 i.u. vitamin D sehari, terlebih pun tak ape, maksimum 10,000 i.u. sehari. Kalau nak tahu badananda  cukup vit. D atau tidak, silalah check level vit D dlm darah kat klinik.






• Last sekali elakkan merokok, alkohol, kafein...ini semua mengurangkan penyerapan kalsium dalam tulang.


If dah terkena osteoporosis tu, ada ubatnya...selain kena makan supplement vit D dan kalsium yang cukup. Jika anda bukan peminat susu, anda boleh mencuba kalsium Shaklee iaitu Ostematrix untuk mengekalkan kepadatan tulang anda.

Bercakap pasal vitamin D ni, sebenarnya ia diperlukan badan untuk menyerap kalsium dan phosphate. Dua mineral ni la yg menjadi tulang. Vitamin D ni ada dlm makanan spt mentega, susu, ikan, bijirin. Tetapi, badan masih memerlukan cahaya matahari utk menghasilkan vitamin D yg aktif iaitu vitamin D3. Tengok gambarajah kat bwh ni...






Opss, nanti dulu!!...cahaya matahari tu mestilah kena direct kat kulit, tak boleh di tempat yg teduh, dalam kereta atau pakai sunscreen, dan antara jam 11 pagi - 3 ptg... sebab yg kita nak adalah cahaya ultraviolet-B, bukan uv-A...

Beza antara uv-A dan uv-B ni, uv-A berbahaya pada kulit, boleh menyebabkan kanser kulit dan uv-A ni boleh melepasi cermin, awan, asap, debu dsb...yg si uv-B ni pulak terbalik...ia bagus utk badan kita jana vitamin D3, tapi problem dia tak boleh lepas sunscreen, cermin, awan, asap dsb...(sumber)


Tu yg susah sket nak dpt uv-B ni tanpa kena uv-A...habis macamana tuuu???hurmmm..


Jadi....jika anda sukar untuk mendapatkan kalsium dan vitamin D setiap hari, anda boleh mencuba Ostematrix bagi menggantikan keperluan kalsium anda. Apa yang Ostematrix ada?
Bukan itu sahaja...Ostematrix turut mengandungi ion Magnesium yang penting untuk menggalakkan pembentukan komposisi tulang dan rawan. Selain itu, ia turut dilengkapkan dengan zinc, boron, manganes dan kuprum bagi memelihara metabolisme kerangka, pertumbuhan otot-otot, menyusun semua enzim yang diperlukan untuk membaiki tulang, rawan serta menghalang arthtritis.

Pastikan anda memilih kalsium yang tidak diperbuat daripada tulang & dolomite bagi mengelakkan keracunan plumbum.

Jika anda berminat untuk mencuba Ostematrix Shaklee..jangan malu-malu atau segan uttuk hubungi saya ye...serius berbaloi untuk wang yang anda keluarkan...harganya pun jauh lebih jimat berbanding duit yang anda keluarkan untuk membeli susu kalsium tinggi...cuba dahulu baru tahu ;-)

Tuesday 11 February 2014

Sakit Sendi : Satu Testimoni dengan Shaklee

Selamat pagi semua... pagi ni saya nak share testimoni new product Shaklee.. Advance Joint Health Tablet...Ia dipasarkan Jun baru2 ni.. tapi sekarang dah jadi antara suplemen yg tinggi demand di kalangan customer2 saya....especially mereka2 yg selalu mengadu sakit2 sendi..
_________________________________________________________
Inilah dia produk terbaru Shaklee.. Joint Tablet.. dengan mengunakan tumbuhan dan bahan-bahan berasaskan mineral ,formula sayur-sayuran 100 %
_____________________________________________________________
Jemput baca testimoni pengalaman Pn Alin...(sumber: from her blog)....
"...Saya sering sakit bahu belikat apabila duduk lelama mengadap PC, pasti terasa bahu belikat tegang dan tak selesa. Selain itu, sejak extend breastfeeding Dzakirah, kaki sering didatangi en. biawak a.k.a simpul biawak... hehe its happen bila guna kasut yg tak berapa nak tinggi pun... Bunyi keriok-keriok sering juga berkumandang tatkala bila nak duduk antara 2 sujud... Normally ni semua anggapan pengambilan kalsium yang tak cukup...Tapi sedar tak anda, ia bukan sekadar tak cukup kalsium... itu tandanya anda mengalami sakit sendi yg "mild"... puncanya?? Tahukah anda kekerapan melakukan aktiviti seperti kedudukan poster yg tak betul yg terlalu lama, sering dukung anak, tidur yang salah posisi dan juga sering mengangkat benda-benda berat, boleh mengundang sakit bila kekerapan aktiviti-aktiviti ni secara longterm... maka terjadi ler sakit sendi lutut,sakit sendi tangan,sakit sendi kaki,sakit sendi bahu,sakit sendi siku..Alhamdulillah selepas 5 hari mengambil Advance Joint Health Tablet (2 biji) + osteomatrix (4 biji) sebelum tidur... dah tak ada bunyi keriok-keriok pada lutut. Rasa licin saja sendi-sendi terutama bila bangun dari duduk antara 2 sujud, naik tangga mahupun duduk lelama depan PC. Kalau tak, memang terasa.Alhamdulillah, dengan izin Allah jua. Saya suka !! kini saya hadiahkan juga kepada mak & ayah saya, nenek-nenek saya........

Okey.. itu dia testimoni Puan Alin. malah Shaklee juga claim yang pengguna dah bole rasa kesan seawal 5hari selepas mengambil Joint tablet.. so berbaloi beli.. belikan samada utk diri sendiri atau utk parents yg sering mengadu sakit2 sendi...Nanti saya share lagi detail tentang Joint tablet ni...Contact saya utk sebarang pesanan dan pertanyaan.. trust me..mmg berbaloi beli..Okeyla.. have a nice day ahead

  PM Facebook : Rahimin_mohamed

goodnaturalheal@gmail.com

 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjq8JHHHirfTikO618LjL2QL9mzlOk4qPtuXWGwELCrzmUT5TyHOmO1RViw3E-hiBGFbr4OVCgsWpSGJFm6Puw0RZ7hU3yI7SIKTwf1QBUphUMwRinpSjBliC0zC-GMVYStG-brqaFKng8/s1600/sms+or+whstsapp.JPG  Rahimin 012 9522559
Sila la ye..

Sunday 9 February 2014

Kisah Roger Barnett Memiliki Syarikat Shaklee

"..For years, the Barnett family lived like most Americans. Then, in 2004, they got an unexpected wake-up call 

that changed the way they clean their home and treat the environment.

Sloan and Roger say they began to notice their son Spencer’s health problems when he was just 3 years old. At 

first, Sloan says her son coughed continuously. One day his heart was racing, so she rushed him to the 

emergency room.


“I don’t think we knew whether we were going to lose him or not,” Roger says. “They told us that he had a 

respiratory issue. They thought he might be developing asthma.”

Sloan says she began researching chemicals that can irritate the lungs and found them in a startling location…

inside her home. According to a physician, some household products—like bathroom cleaners, disinfectants, floor 

cleaners and oven cleaners—contain toxic chemicals that can trigger an asthma attack.


As soon as the Barnetts learned that cleaning products can be hazardous to their health, Sloan says they cleaned 

out their cabinets and made their home a place where everyone could breathe easier.

After throwing out common household cleaners, Roger discovered the Shaklee Corporation, a company that had 

been producing natural cleaning products for 50 years.

Sloan and Roger began using these eco-friendly cleaners inside their house. “We thought they worked terrifically,” 

Roger says. “The great news is that Spencer has never had to go back to the hospital since we switched our 

products and that really speaks it all for us.”

The Barnetts liked the products so much, they bought the company! Now, Sloan says she tries to live in a way 

that’s responsible to the health of her children and to the health of the planet.children and to the health of the 

planet.

Saturday 8 February 2014

Promosi Shaklee Febuari 2014: Vita-lea Multivitamin Terbaik Di Dunia.

 Assalamualaikum dan salam sejahtera..sempena promosi bulan febuari 2014 ni saya nak highlightkan kelebihan multivitamin dan multimineral yang terkandung didalam Vita-lea Shaklee yang merupakan multivitamin terbaik didunia..Jika anda seorang yang tidak suka mengambil banyak jenis suplemen, vita-lea adalah jawapan yang tepat.

Fakta nutrisi dalam Vita-Lea Shaklee :
  • Vitamin A ~ Untuk kesihatan mata, anti oksida, cegah rabun malam, membantu proses tumbesaran, sesuai untuk tingkatkan sistem imun dan bagus untuk rambut yang sihat.
  • Vitamin D ~ Memperkasakan kepadatan tulang, mencegah penyakit tulang lembut, osteoporosis dan psoriasis.
  • Vitamin E ~ Anti oksida yang kuat, pejalkan kulit, menjadi kulit lebih berseri, , melancarkan perjalanan darah, mencegah sakit jantung, baik untuk sistem pembiakan lelaki dan boleh mengurangkan kesan parut.
  • Vitamin C ~ Sejenis anti oksida, melawan kanser, merangsang pembentukan kolagen, meningkatkan daya tahan penyakit, mempercepatkan penyembuhan luka, mencegah selsema, elakkan  gusi  dan hidung berdarah.
  • Asid Folik ~ Baik untuk kesihatan sel darah merah, kurangkan risiko sakit jantung, bagus untuk mencegah ulser mulut, merangsang pengeluaran susu badan, cegah kecacatan fetus (untuk wanita hamil), dan bagus untuk kecantikan kulit.
  • Vitamin B1 ~ Menukarkan makanan kepada tenaga, memperkuatkan ingatan, bagus untuk kecerdasan mental, membina dan merangsang peredaran darah, membantu tumbesaran, mengurangkan masalah keresahan dan membantu mengurangkan mabuk laut/ darat.
  • Vitamin B2 ~ Elak anemia, membantu menukarkan makanan kepada tenaga, baik untuk mata letih, katarak dan mereka yang sering mengalami kekejangan.
  • Vitamin B3 ~ Memberi tenaga, menghasilkan hormon yang diperlukan oleh badan, merangsang peredaran darah, merawat kepeningan, membantu kurangkan cirit-birit, mencegah migrain, sesuai untuk mereka yang ada masalah nafas berbau serta baik untuk perut dan usus.
  • Vitamin B5 ~ Meredakan tekanan, anti stress, melawan alahan, cegah sembelit, kawal keletihan, athritis, redakan kesan sampingan anti biotik, mencegah jangkitan dan mempercepatkan luka sembuh.
  • Vitamin B6 ~ Bagus untuk metabolisme protein, memperbaiki otot, cegah senggugut, anti stress, mengelakkan muntah-muntah, masalah kekejangan dan anemia.
  • Vitamin B12 ~ Membantu tumbesaran fetus dan kanak-kanak, membantu selera makan, meningkatkan tindak balas saraf, mengelakkan anemia, keletihan dan rabun malam.
  • Biotin ~ Membantu B Complex untuk berfungsi dengan lebih baik, cegah rabun, elak rambut cepat beruban dan mudah gugur,  kurangkan kesan diabetis serta sesuai untuk kurangkan kesan masalah eczema dan keradangan kulit.
  • Kalsium ~ Memperkasakan tulang dan gigi, mengurangkan rasa kebas dan kesakitan, mengekalkan kadar degupan jantung normal serta mencegah osteoporosis.
  • Fosforus ~ Meningkatkan kepadatan tulang, cegah diabetis, batu karang dan pereputan tulang,  turut membantu proses tumbesaran, meredakan kesakitan arthritis dan anoreksia.
  • Iodin ~ baik untuk tiroid, membantu tumbesaran fetus, meningkatkan IQ kanak-kanak, membina ligamen & otot, penting untuk membentuk  tisu-tisu penghubung, baik untuk kekuatan fizikal, serta mengawal berat badan.
  • Zat besi ~ Membentuk hemoglobin, meredakan kesakitan senggugut, melawan penyakit, membantu tumbesaran, mengelakkan keletihan dan anemia.
  • Magnesium ~ Bagus untuk kesihatan tulang dan gigi, merehatkan otot dan sistem saraf, bersifat penenang semula jadi, mencegah tekanan, diabetis, sakit jantung, batu karang, sakit buah pinggang, hati dan masalah penghadaman.
  • Kuprum ~ Membantu menukarkan zat besi kepada hemoglobin, baik untuk kesihatan rambut, edema, penyakit berkaitan tulang, rawat masalah kebengkakan.
  • Zink ~ Memperkasa sistem imun, mempercepat luka sembuh, meningkatkan keupayaan seksual lelaki, mencegah masalah prostat, baik untuk deria bau dan minda yang tajam.
  •  
    Sila hubungi untuk pertanyaan atau pesanan

    1. PM Facebook : Rahimin_mohamed

    goodnaturalheal@gmail.com
     https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjq8JHHHirfTikO618LjL2QL9mzlOk4qPtuXWGwELCrzmUT5TyHOmO1RViw3E-hiBGFbr4OVCgsWpSGJFm6Puw0RZ7hU3yI7SIKTwf1QBUphUMwRinpSjBliC0zC-GMVYStG-brqaFKng8/s1600/sms+or+whstsapp.JPG  Rahimin 012 9522559
    Sila la ye..

Thursday 2 January 2014

Promosi Januari 2014 : Berkongsi Tentang Kebaikan Alfafa

Sempena Promosi Bulan Januari 2014, jom sama sama baca lebih lanjut Khasiat Herba Tertua yang tidak patut anda lepaskan!!


20 Kebaikan Alfalfa Shaklee Umpama Kedai Farmasi

Alfalfa Sahklee merupakan produk pertama sekali yang dicipta oleh Dr. Forrest C Shaklee pada tahun 1950an. Maka Alfalfa Shaklee merupakan produk signature Shaklee Corporation.

Kenapa  Dr. Shaklee memilih Alfalfa Shaklee sebagai supplement pertama? Alfalfa merupakan herba tradisional masyarakat orang putih dan mereka menggunakan Alfalfa untuk pelbagai jenis keadaan kesihatan terutamanya bagi wanita selepas bersalin. Oleh sebab Alfalfa mempunyai banyak kebaikkan kepada wanita, lelaki dan kanak-kanak maka Dr. Shaklee merumuskan formula Alfalfa menjadi supplement Alfalfa Shaklee yang sangat-sangat memberi manfaat kepada jutaan manusia.

Kenapa saya katakan Alfalfa umpama kedai farmasi?

Kebaikkan Memakan Alfalfa
1. Kaya dengan vitamin dan mineral Alfalfa Shaklee Mengandungi vitamin B, C, E dan K dalam jumlah yang seimbang. Mengandungi mineral Kalsium, Magnesium, Kalium, Fosforus dan Zat Besi. Alfalfa  Shaklee turut mengandungi, Flourida, Protein, Mineral Surih, Serat, Asid Lemak dan Antioksidan.

2. Alfalfa bermanfaat dalam penyerapan protien, dan karbohidrat.

3. Alfalfa juga bertindak sebagai pembersih darah

20 Manfaat Alfalfa Kepada Kesihatan
1.    Merawat gangguan pencernaan
2.    Mengawal kolestrol dalam darah
3.    Menghapuskan kolestrol buruk 'LDL' dari tubuh
4.    Mengurangkan risiko penyakit jantung dan strok
5.    Bagus untuk pesakit diabetes kerana mengurangkan paras gula dalam darah
6.    Mencegah edema - Pengumpulan air dalam badan
7.    Mengurangkan simptom menopous
8.    Merawat asthma dan lain-lain masalah pernafasan
9.    Merawat masalah sembelit
10.  Menyahkan toksik dalam tubuh
11.  Mengurangkan kesakitan otot dan sendi
12.  Meningkatkan sistem pertahanan tubuh
13.  Membantu masalah penghadaman
14.  Membantu memperbanyakkan susu ibu
15.  Mengurangkan masalah pundi kencing
16.  Mengurangkan masalah gastrik dan gangguan hati
17.  Meningkatkan kesihatan prostat
18.  Bertindak seperti kacip fatimah kepada wanita
19.  Menghangatkan hubungan suami isteri
20.  Membantu tingkatkan kesihatan lelaki

Keistimewaan Alfalfa Shaklee
1.  Sumber terbaik dari daun alfalfa (tanpa akar dan batang)
2.  Alfalfa Shaklee ditanam tanpa semburan bahan kimia
3.  Di sediakan dalam dua pek bersaiz 330 biji dan 700 biji  
4.  Pil boleh dihancurkan dan dicampur dengan air sebagai minuman herba semulajadi
5.  Tidak memberi mudarat kepada bayi yang menyusu seperti panas dan cirit-birit
6.  Alfalfa Shaklee tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna dan pengawet tiruan.
7.  Membersihkan hati
8.  Membantu melengkapakan zat dan nutrient dalam pemakanan seseorang


# bagi pengidap penyakit SLE tidak sesuai untuk menggunakan produk Alfafa Complex ini
kredit : http://sihatmacamyaya.blogspot.com

Hubungi saya untuk menempah, harga mampu milik. boleh tahan selama 2 bulan.

Tuesday 17 December 2013

Bagaimana Meningkatkan Tenaga 5 Kali Ganda Secara Sihat?

Tahukah anda bahawa Shaklee juga mempunyai minuman isotonik yang dikenali sebagai Shaklee Performance Drink (Pure Hydration Drink). Performance Drink ini memang popular di kalangan ahli sukan. Mereka sering mengamalkannya sebagai salah satu vitamin untuk bersukan. 


Performance Drink Shaklee minuman Isotonik


Betulkah Performance Drink ini minuman isotonik? Ramai yang tidak mempercayai bahawa Shaklee juga mampu menghasilkan minuman isotonik. Tapi pelu diingatkan bahawa minuman isotonik Shaklee ini berbeza dengan minuman isotonik lain yang terdapat di pasaran. Apakah perbezaannya?


Ciri-ciri utama Performance Drink ini adalah:
  • Ia adalah minuman ahli sukan yang mengandungi imbangan elektrolit yang sempurna untuk membantu mencegah dehydration, seperti fungsi minuman isotonik.
  • Ia membekalkan 3 jenis karbohidrat bagi tenaga dan stamina.
  • Membantu tubuh kita menjaga kestabilan bendalir agar tidak kekeringan.
  • Mengandungi formula karbohidrat unik Shaklee iaitu opticarb yang membekalkan tenaga serta merta. Opticarb ialah rangkaian karbohidrat yang memberikan kita tenaga berterusan tanpa menganggu kestabilan gula dalam darah.
  • telah terbukti di makmal (ujian makmal bersama-sama high-level athletes
Performance Drink ini sesuai diambil ketika :
  • cuaca panas melampau (badan dehydrated)
  • badan tidak sihat (demam/ selesema/ cirit-birit)
  • beriadah atau bersukan
  • melakukan kerja berat seperti buruh binaan dan nelayan
Golongan yang sesuai mengambil Performance Drink:
  1. Mereka yang aktif bersukan .
  2. Mereka yang berpuasa (diambil semasa sahur dan berbuka).
  3. Mereka yang menghidap gout.
  4. Ibu yang menyusukan anak.
  5. Ibu hamil yang mengalami muntah kronik (terutama muntah air) akibat dari morning sickness, dan tiada selera makan.
  6. Mereka yang kurang minum air.
  7. Mereka yang kerap sakit kepala.
  8. Bila rasa nak demam, atau sedang demam.
  9. Kanak-kanak yang demam.
  10. Menggantikan minuman ringan terutama yang berkarbonat (kerana Performance Drink tiada karbonat!)                                                                                                                                                                         kredit: http://superbvitamin.blogspot.com/                                                                                                                   
    Sila hubungi untuk pertanyaan atau pesanan

    1. PM Facebook : Rahimin_mohamed

    goodnaturalheal@gmail.com
     https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjq8JHHHirfTikO618LjL2QL9mzlOk4qPtuXWGwELCrzmUT5TyHOmO1RViw3E-hiBGFbr4OVCgsWpSGJFm6Puw0RZ7hU3yI7SIKTwf1QBUphUMwRinpSjBliC0zC-GMVYStG-brqaFKng8/s1600/sms+or+whstsapp.JPG  Rahimin 012 9522559
    Sila la ye.. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...