Monday 2 September 2013

CoQHealth: Pelaburan Berbaloi Untuk Kesihatan

 Assalamuaikum dan salam sejahtera buat pengunjung blog saya ni..kali ni saya nak kongsikan tentang kebaikan CoQHealth sempena promosi bulan September.
Jika selama ini saya ingatkan CoQHealth hanya sesuai untuk mereka yang punya masalah jantung tetapi sebenarnya CoQHealth juga sangat penting bagi mereka yang inginkan kulit yang berseri-seri...wah, betul ke ni? Sebut pasal seri wajah, semua suka kan?


Sebenarnya, apa fungsi CoQHealth untuk kulit kita ye? Antara kandungan yang ada dalam CoQHealth ialah CoQ10, vitamin E dan juga teh hijau. Vitamin E memang sangat terkenal sebagai vitamin anti penuaan dan telah digunakan sebagai vitamin untuk awet muda sejak dahulu lagi. Saya percaya, ramai yang jatuh cinta dengan vitamin E kan? Tapi, apa pula fungsi CoQ10? CoQ10 Shaklee diekstrak daripada yis dan 100% semulajadi. Ia mampu meningkatkan fungsi vitamin E pada tahap yang paling optimum.CoQ10 juga melindungi kulit  yang menyeluruh secara semula jadi daripada sinaran matahari. Biasanya kita akan memakai 'sunblock' untuk melindungi kulit wajah daripada cahaya matahari. Tetapi dengan CoQHealth Plus, seluruh kulit pada tubuh kita akan dilindungi daripada pancaran cahaya matahari sepenuhnya. Hebatnya! 
Kajian juga menunjukkan CoQ10 mampu meningkatkan stamina badan sehingga 90%!!! Badan yang sihat dan bertenaga akan menyebabkan kita tampak lebih ceria dan berseri-seri secara semulajadi.
Selain itu, teh hijau pula berfungsi untuk melancarkan perjalanan darah. Sistem peredaran darah yang lancar menyebabkan wajah kelihatan 'pinkish' dan lebih segar.
Jadi, jika sebelum ini anda berasakan bahawa jantung anda masih sihat dan anda tidak perlukan suplemen ini, ubahlah tanggapan anda segera kerana CoQHealth bukan sekadar untuk jantung. Kandungan CoQ10 dalam badan kita akan berkurangan seiring dengan peningkatan usia. Semakin berusia seseorang itu, semakin tinggi risiko untuk mendapat pelbagai penyakit berbahaya. Mari kita mulakan hari dengan mengambil CoQHealth hari ini juga kerana sesungguhnya mencegah itu lebih baik daripada mengubati :-)
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...