Tuesday 17 December 2013

Bagaimana Meningkatkan Tenaga 5 Kali Ganda Secara Sihat?

Tahukah anda bahawa Shaklee juga mempunyai minuman isotonik yang dikenali sebagai Shaklee Performance Drink (Pure Hydration Drink). Performance Drink ini memang popular di kalangan ahli sukan. Mereka sering mengamalkannya sebagai salah satu vitamin untuk bersukan. 


Performance Drink Shaklee minuman Isotonik


Betulkah Performance Drink ini minuman isotonik? Ramai yang tidak mempercayai bahawa Shaklee juga mampu menghasilkan minuman isotonik. Tapi pelu diingatkan bahawa minuman isotonik Shaklee ini berbeza dengan minuman isotonik lain yang terdapat di pasaran. Apakah perbezaannya?


Ciri-ciri utama Performance Drink ini adalah:
  • Ia adalah minuman ahli sukan yang mengandungi imbangan elektrolit yang sempurna untuk membantu mencegah dehydration, seperti fungsi minuman isotonik.
  • Ia membekalkan 3 jenis karbohidrat bagi tenaga dan stamina.
  • Membantu tubuh kita menjaga kestabilan bendalir agar tidak kekeringan.
  • Mengandungi formula karbohidrat unik Shaklee iaitu opticarb yang membekalkan tenaga serta merta. Opticarb ialah rangkaian karbohidrat yang memberikan kita tenaga berterusan tanpa menganggu kestabilan gula dalam darah.
  • telah terbukti di makmal (ujian makmal bersama-sama high-level athletes
Performance Drink ini sesuai diambil ketika :
  • cuaca panas melampau (badan dehydrated)
  • badan tidak sihat (demam/ selesema/ cirit-birit)
  • beriadah atau bersukan
  • melakukan kerja berat seperti buruh binaan dan nelayan
Golongan yang sesuai mengambil Performance Drink:
  1. Mereka yang aktif bersukan .
  2. Mereka yang berpuasa (diambil semasa sahur dan berbuka).
  3. Mereka yang menghidap gout.
  4. Ibu yang menyusukan anak.
  5. Ibu hamil yang mengalami muntah kronik (terutama muntah air) akibat dari morning sickness, dan tiada selera makan.
  6. Mereka yang kurang minum air.
  7. Mereka yang kerap sakit kepala.
  8. Bila rasa nak demam, atau sedang demam.
  9. Kanak-kanak yang demam.
  10. Menggantikan minuman ringan terutama yang berkarbonat (kerana Performance Drink tiada karbonat!)                                                                                                                                                                         kredit: http://superbvitamin.blogspot.com/                                                                                                                   
    Sila hubungi untuk pertanyaan atau pesanan

    1. PM Facebook : Rahimin_mohamed

    goodnaturalheal@gmail.com
     https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjq8JHHHirfTikO618LjL2QL9mzlOk4qPtuXWGwELCrzmUT5TyHOmO1RViw3E-hiBGFbr4OVCgsWpSGJFm6Puw0RZ7hU3yI7SIKTwf1QBUphUMwRinpSjBliC0zC-GMVYStG-brqaFKng8/s1600/sms+or+whstsapp.JPG  Rahimin 012 9522559
    Sila la ye.. 

Friday 13 December 2013

Ingin hamil? Ikhtiar dengan GLA Complex.



Bagaimana GLA Complex Shaklee membantu anda untuk cepat hamil?

Antara fungsi GLA (gamma linolenic acid) adalah menurunkan kolesterol dan ia membantu melegakan sindrom pra haid (PMS) seperti senggugut, dan membantu meningkatkan lendir servik yang berkualiti untuk kesuburan. 

Bagaimana GLA Complex membantu dalam PMS (senggugut)? 



Ini kerana, apabila seseorang mengalami senggugut, ia melibatkan kekejangan pada otot dalam rahim dan sekitarnya. Menurut kajian, keadaan ini berlaku apabila tubuh seseorang kekurangan GLA (gamma linolenic acid) itu tadi. Jadi sebagai memenuhi GLA yang kurang tadi, pengambilan GLA complex adalah perlu. Ini adalah kerana GLA ditukarkan kepada prostagdalin E1. 
(Prostaglandin merupakan bahan hormon dalam badan. Ianya penting untuk fungsi kimia badan seperti mengawal tekanan darah, mengawal muscle contraction, menghalang rembesan gastrik dan banyak lagi. Ia juga adalah anti keradangan, anti pembekuan darah di samping mengurangkan tekanan darah)

Bagaimana GLA Complex membantu untuk mudah hamil


GLA membantu seorang wanita menghasilkan lendir serviks yang berkualiti untuk kesuburan iaitu lendir yang bewarna putih telur. Sebulan sekali seorang wanita akan mengeluarkan cecair yang sebegitu, yakni sewaktu subur. Namun, tak semua orang mendapati cecair yang dihasilkannya sebegitu ‘subur’. Di sinilah fungsi GLA untuk membantu dalam penghasilan cecair yang melambangkan kesuburan ini, yang membantu sperma untuk berenang ke uterus, terus ke tiub falopio untuk bersenyawa dengan sel ovum. Bukan itu saja, cecair ini juga membantu sperma untuk terus hidup dalam tiub falopio sehingga 5 hari. Jadi, kalau tak ‘kena’ hari subur pun masih ada can sebab sperma masih ada di situ sampai hari ke-5 (^__^)
Jadi, puan2 yang masih belum dikurniakan rezeki anak, cuba periksa cecair serviks anda. Kalau cecair tu tebal, kecoklatan, kering… itu petanda kurang baik sebab ia boleh menghalang persenyawaan.
Jadi, penting ya puan2 untuk mengenali ‘cecair kesuburan’ kita ni.

Bagaimana pula kalau dah subur, adakah akan terlebih subur bila ambil GLA complex? Jawapannya tidak, GLA complex membantu mereka yang kurang subur, tapi kalau dah subur tu takdelah sampai sebulan 2-3 kali bertelur
  
kredit: http://vitaminsemulajadi.com/


Saturday 7 December 2013

Alzheimer : Bukan Faktor Usia Semata-mata.

 
Alzheimer atau nyanyuk sudah tidak lagi dikaitkan dengan proses penuaan. Tambahan pula sejak munculnya formula-formula anti-penuaan (anti-aging) yang menyifatkan penuaan bukan sebab usia, tapi kerana wujudnya radikal2 bebas dalam tubuh kita. Sejajar dengan itu, Alzheimer kini dikenali sebagai penyakit progresif yang berlaku akibat kehilangan sel saraf otak. Ia disebabkan oleh ‘kehilangan’ sel otak secara sedikit demi sedikit, yang menyebabkan pesakit mengalami kekurangan fungsi mental dan akhirnya fungsi fizikal.

Ia adalah kerana fiber-fiber saraf di sekitar hippocampus, yakni pusat ingatan dalam otak menjadi ‘tersimpul’. Kekusutan yang berlaku terhadap saraf2 itu menyebabkan ia tidak dapat menyimpan dan menterjemah sebarang maklumat. Dengan kata lain, mereka ni mengalami ‘litar pintas’ dalam otaknya.

Alzheimer sebenarnya bukan perkara normal pada orang tua. Ini kerana ia telah dikelaskan sebagai sejenis penyakit, bukan sebahagian dari peningkatan usia. Ada sesuatu yang tidak kena pada pengidap Alzheimer. Ramai orang yang menghampiri usia 90 tahun masih lagi dapat berfikir dengan sihat dan bijak, contohnya Tun Mahathir.

Menurut kajian, otak penghidap Alzheimer didapati mengandungi kandungan kalsium, silikon, sulfur dan aluminium yang tinggi. Protein dalam darah juga boleh menyumbang kepada terjadinya penyakit ini.

Setakat ini tiada rawatan untuk pesakit Alzheimer, oleh kerana ia adalah penyakit progresif. Namun, terdapat terapi bagi meringankan masalah yang dihidapi oleh pesakit Alzheimer.

Bagaimana mengawal diri agar jauh dari Alzheimer?
Menurut orang-orang tua, cara untuk mengelakkn dari terkena penyakit Alzheimer ialah dengan memperbanyakkan membaca & mengkali al-Quran, zikrullah serta banyak membaca buku. Nabi SAW juga ada memberi petua bahawa untuk menjauhi nyanyuk ialah dengan melazimkan istighfar 70 kali sehari.

Selain dari itu, penyakit Alzheimer boleh dihindari dengan penjagaan kesihatan, termasuk pemakanan.Berikut adalah cadangan yang boleh diamalkan bagi mengelakkan penyakit Alzheimer:
Vita-E Complex – Vitamin E membantu dalam pengangkutan oksigen kepada sel-sel otak.
B Complex – Vitamin B12 mengelakkan ‘hilang ingatan’ dalam diri kita.
Lecithin – meningkatkan fungsi dan potensi otak.
Omega Guard - dengan DHA untuk meningkatkan daya ingatan dan memperbaikkan fungsi kognitif.
Supplement bagi membantu pesakit Alzheimer:
Energizing Soy Protein - Mengandungi asid amino yang membekalkan tenaga kepada otak, jantung dan otot rangka dengan menyalurkan asid lemak kepada sel-sel tersebut. Cartinine (sejenis asid amino) membantu melambatkan proses ‘penurunan’ mental pada pesakit Alzheimer.
Garlic Complex -membantu melambatkan proses penyusutan otak.

Sekiranya anda mendapati ahli keluarga mengalami masalah seperti mudah lupa, cepat moody, short-tem memory loss, bingung, dan sebagainya – segeralah berjumpa doktor. Pesakit yang melibatkan perkara sebegini perlu mendapat pengesahan doktor kerana dikhuatiri simptom2 tersebut bukan sekadar nyanyuk, tapi ada masalah otak yang lain.

credit: mommy lyna

Sunday 1 December 2013

Promosi Omega Guard bulan Disember 2013

Dec'13 Product Promotion - OmegaGuard (Buy 6 Free 1). 



Hari ni rasa seronok sangat bila dapat tahu promo bln 

Disember ialah Omega Guard! Beli 6 botol dan percuma 1 

botol! Omega guard ni sesuai untuk seisi keluarga dan 

pelbagai fungsinya.. Memang sungguh berbaloi! di samping 

dapat keahlian percuma akan dapat bonus juga! hubungi 

saya segera sms/whatsapp 012 9522559.

(jika ingin sebotol sahaja boleh buat pre order,saya akan 

kumpulkan untuk mencukupkan 6 botol bagi pembelian 

jimat)

  Himpunan testimoni Omega Guard Shaklee: 

 

26 Kelebihan Omega Guard Shaklee Untuk Semua Orang

Omega 3 adalah asid lemak penting yang mengandungi EPA dan DHA yang sangat penting untuk perkembangan memori dan menajamkan minda. Namun tubuh manusia tidak boleh menghasilkan EPA dan DHA ini dan kita perlu mendapatkan sumber EPA dan DHA dari sumber makanan dan juga supplement. 

Sumber EPA dan DHA yang terbaik adalah dari haiwan seperti ikan berbanding tumbuh-tumbuhan yang sukar ditukarkan oleh enzim tubuh.

Tahap enzim tubuh yang bagus dapat memproses kesemua EPA, DHA, ALA dan lain-lain yang lagi yang terkandung dalam Omega 3 dengan maksima. Tak guna juga kita ambil makanan yang tinggi kandunga DHA, EPA dan lain-lain kalau enzim tubuh tidak berfungsi dengan baik.

Jadi amat penting pastikan tubuh dalam keadaan sihat supaya kesemua zat dan nutrien dari makanan dapat diserap dengan baik.

SUMBER OMEGA 3


Kelebihan Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee

1. Minyak Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee diesktrak dari ikan laut dalam dan berair 
    sejuk (sardin, mackerel, herring dan anchovies)

2. Tidak dihasilkan dari minyak hati ikan yang mengandungi toksik. 

3. Omega 3  dalam Omega Guard Shaklee mengandungi 3 kali lebih tumpat dari 
    ketumpatan minyak hati ikan.

4. Sangat berbeza daripada produk omega 3 di pasaran kerana Omega Guard Shaklee satu-
    satunya minyak ikan omega 3 paling tulen, lengkap dengan 7 jenis asid lemak omega 3 
    semulajadi termasuk EPA, DHA dan ALA.

5. 1 kapsul Omega Guard Shaklee membekalkan 905mg asid lemak omega 3, EPA dan DHA.

6. Omega Guard Shaklee dihasilkan daripada kaedah ultratulen bergred farmaseutikal 
    berteknologi terkini

7. Kaedah utlratulen adalah proses penyulingan proprietari 3 molekul untuk mengektrask 
    omega 3 yang tulen dan menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum, 
    merkuri, arsenik, kadmium, dioksin, dan PCB.

26 Manfaat Omega 3 Dalam Omega Guard Shaklee

1.  Omega 3 mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon PMS wanita
2.  Melicinkan kulit dan kelihatan kemerah-merahan
3.  Mencegah salur darah dari tersumbat
4.  Omega 3 dapat mengelakkan strok
5.  Mengekalkan tekanan normal darah
6.  Membantu mengurangkan ketegangan urat leher
7.  Mengurangkan sakit kepala
8.  Merendahkan kolestrol
9.  Omega 3 dapat mencegah pembekuan darah dalam badan
10. Kekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL
11. Mengawal masalah obesiti
12. Mengurangkan risiko penyakit jantung
13. Sangat bagus untuk ibu hamil - membantu tumbesaran dan perkembangan 
      otak janin
14. Meningkatkan perkembangangan memori janin dan kanak-kanak
15. Meningkatkan sistem imun tubuh dan sangat bagus untuk kesihatan kanak-kanak
16. Membantu menyihatkan paru-paru
17. Omega 3 juga boleh memperbaiki masalah alahan kulit seperti eczema, psoriasis, dll
18. Mengurangkan demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE 
      (lupus erythematosus)
19. Omega 3 juga membantu memperbaiki penyakit buah pinggang
20. Membantu menentang kanser paru-paru, payudara, kanser prostat dan kanser kolon.
21. Membantu meningkatkan kesihatan hati selepas pembedahan
22. Membantu pankreas pesakit kanser berfungsi dengan lebih baik 
23. Memelihara fungsi-fungsi sendi
24. Mencegah penyakit gout

Selain itu, Omega 3 yang tekandung dalam Omega Guard Shaklee membantu memperbaiki masalah berkaitan otak sepert:-

- Mencegah insomnia
- Mengurangkan tekanan emosi
- Mengurangkan kemurungan dan kebimbangan
- Membantu memperbaiki masalah autism
- Membantu memperbaiki masalah kanak-kanak hyperactive
- Mengurangkan masalah schizophrenia
- Mengurangkan masalah lupa pada wanita yang telah melahirkan anak


Siapa Perlukan Omega 3 Untuk Menyokong Tahap Kesihatan?

1. Warga Emas
2. Pesakit Jantung
3. Wanita
4. Wanita yang telah melahirkan anak
5. Pesakit darah tinggi
6. Orang yang selalu lupa
7. Kanak-kanak berusia 1 tahun dan ke atas
8. Pelajar
9. Ibu menyusu
10. Ibu Hamil
11. Orang yang mementingkan tahap kesihatan yang bagus




* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
kredit : http://sihatmacamyaya.blogspot.com




Sila hubungi untuk pertanyaan atau pesanan

1. PM Facebook : Rahimin_mohamed

goodnaturalheal@gmail.com
 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjq8JHHHirfTikO618LjL2QL9mzlOk4qPtuXWGwELCrzmUT5TyHOmO1RViw3E-hiBGFbr4OVCgsWpSGJFm6Puw0RZ7hU3yI7SIKTwf1QBUphUMwRinpSjBliC0zC-GMVYStG-brqaFKng8/s1600/sms+or+whstsapp.JPG  Rahimin 012 9522559
Sila la ye..

Friday 29 November 2013

ESP : Kebaikan 30 KG Soya Dalam Setiap Bekas.


ESP adalah HOT ITEM/PRODUCT dari Shaklee yang kini merupakan HOT SELLING/ON DEMAND produk dikalangan mereka yang mahu cantik sihat lagi bertenaga. WOW! Betul ke ada produk yang boleh dapat 3 kebaikkan ni sekaligus? Nak tahu banyak lagi tentang ESP? Jom baca ni:


  1. Apa itu ESP? Ia adalah protein soya yang berkuliti tinggi. Didatangkan dalam canister dan berbentuk serbuk. ESP boleh dibancuh dengan minuman kegemaran seperti milo, horlick, susu atau jus buah buahan. ESP baik dibancuh dengan air sejuk atau suam demi memelihara protein supaya tidak termusnah pada suhu tinggi.
  2. ESP dengan Alfalfa mana bagus untuk susu ibu? Protein membantu pembentukan sel dan merupakan kandungan yang penting dalam susu ibu. Alfalfa juga mengandungi protein tapi dalam kuantiti yang sedikit. Kedua-duanya bagus untuk ibu dan kesannya adalah mengikut individu masing-masing. Juga ikut budget. Alfalfa lebih murah berbanding ESP. Yang penting, kekerapan penyusuan harus setiap 3-4 jam dan sehingga payudara dikosongkan, barulah peningkatan susu berkesan.
  3. Jika dah amik alfalfa masih perlu protein ke? Boleh mengambil kedua-duanya jika berkemampuan. Alfalfa dan protein mengandungi banyak kebaikkan lain lagi yang berbeza. 
  4. Berapa harga ESP?Harga EP bagi semenanjung ialah RM150 manakala bagi Sabah Sarawak ialah RM155.(Sila hubungi saya utk mendapatkan harga istimewa). 
  5. Berapa lama tahan satu canister ESP? Dengan pengambilan 3 sudu sehari, ESP boleh bertahan sehingga 1 bulan setengah.
  6. Apa rasa ESP? ESP Shaklee berperasa mild soya. Sekiranya anda tidak mnyukai rasa soya, ada pelbagai resepi lain ESP yg boleh dicuba
  7. Jika saya order hari ini, bila saya boleh terima?InshaAllah penghantaran mengambil masa 1-4 hari bekerja bergantung kpd kawasan. 
  8. Apakah kebaikan lain ESP?Membantu pembentukan sel baru.Baik untuk individu yang dalam proses pemulihan selepas pembedahanBagus untuk kesihatan dan kecantikan kulit dan rambut.Membantu pembinaan tubuh kanak-kanak jadi boleh share dengan anak yang setahun ke atas dan seisi keluarga.Memberi rasa kenyang bagi individu yang dalam proses mengurangkan berat badan.♥lagi info dibawah♥
  9. Bagaimana nak order ESP?Anda cuma perlu hubungi saya dan saya akan uruskan pesanan anda dengan kadar segera 012 9522559
  10. Siapa yang tidak boleh ambil ESP? Siapa yg boleh mengambil ESP? Hanya individu yang mempunyai masalah buah pinggang dan kesukaran memproses protein tidak digalakkan.
    Sesuai untuk semua:
    1. Ibu-ibu yang sibuk: ESP membantu memberi tenaga berpanjangan, badan lebih sihat dan cergas.
    2. Wanita yang ingin menguruskan badan: Hanya bancuhan ESP dengan minuman kegemaran pada setiap pagi, memberi rasa kenyang yang lebih lama.. no more heavy breakfast.
    3. Ibu-ibu yang menyusu: Membantu membanyakkan dan mengekalkan supply susu disamping pengambilan air yang cukup dan proses pengepaman yang konsisten.
    4. Pesakit kencing manis: mempunyai indeks glisemik yang rendah, melambatkan penyerapan glukosa dalam darah dan mengawal paras glukosa.
    5. Wanita yang mementingkan penjagaan kulit muka: Membantu menghilangkan parut jerawat di muka, menjadikan kulit muka halus, gebu dan berseri..WOW!
    dan lelaki, wanita, tua, muda, ibu mengandung, ibu menyusu, pesakit diabetes, selepas pembedahan, kesuburan, kecantikan, ibu berpantang, yg berdiet, nk tambah tenaga…anda, sy, kamu dan dia yg sihat dan ingin kekal sihat..InshaAllah
Mahu membuat tempahan?



goodnaturalheal@gmail.com

 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjq8JHHHirfTikO618LjL2QL9mzlOk4qPtuXWGwELCrzmUT5TyHOmO1RViw3E-hiBGFbr4OVCgsWpSGJFm6Puw0RZ7hU3yI7SIKTwf1QBUphUMwRinpSjBliC0zC-GMVYStG-brqaFKng8/s1600/sms+or+whstsapp.JPG  Rahimin 012 9522559
Sila la ye..
     

Wednesday 27 November 2013

Atasi Musim Demam Selsema

Kebanyakan kita akan mengalami demam selesema pada masa2 tertentu. Contohnya bila kita terdedah dengan perubahan cuaca yang drastik. Biasanya apabila kita semakin dewasa, semakin jarang kita diserang demam selesema. Sebab apa?

Demam selesema merupakan jangkitan virus pada lapisan dalam hidung, sinus, tekak dan saluran pernafasan bahagian atas. Sistem pertahanan badan kita adalah senjata terbaik untuk melawan virus ini. Antibiotik tidak dapat membunuh virus. Inilah sebabnya kenapa bila kita meningkat dewasa, kita semakin jarang dijangkiti demam selesema. Kerana, sistem pertahanan badan kita juga meningkat seiring dengan umur.

Gejala biasa demam selesema :


  • sakit tekak / tekak kering biasanya menjadi gejala pertama yg dikesan apabila kita dijangkiti demam selesema.
  • hidung berair - hingus biasanya akan keluar jernih dan semakin lama akan memekat.
  • Hidung tersumbat (penyumbatan rongga hidung) - bagi bayi yang menyusu, keadaan ini mmg sangat sukar bagi mereka. Adakala sehingga mereka tidak mahu menyusu kerana tidak boleh bernafas.
  • Bersin - ini disebabkan usaha badan untuk melapangkan rongga hidung
  • Batuk - sama ada kering atau berkahak.
  • Suara serak / parau - ini disebabkan peti suara membengkak kerana kehadiran virus.
Ada juga yang akan mengalami gatal telinga, sengal2 badan dan hilang deria bau dan rasa.
Bagaimana mengelakkan demam selesema?
Mungkin gejala ini sukar dielakkan, tetapi ia masih dapat dikurangkan dengan menjaga kebersihan badan, rumah dan persekitaran. 
  • selalulah amalkan mencuci tangan sebelum makan, selepas ke toilet, bagi ibu2 cucilah tangan setiap kali menukar diapers bayi anda.
  • tutup mulut ketika batuk / bersin
  • elakkan menggosok mata dengan tanganyg kotor.
  • elakkan bersesak-sesak dikawasan yg terlalu ramai orang.
  • minum air secukupnya
  • makan makanan seimbang - pastikan diet kita mengandungi nutrien yg lengkap dengan vitamin C.
Hasil penyelidikan  mendapati Vitamin C  berpotensi mengurangkan tempoh demam selesema dengan menguatkan sistem imun. Jom tengok apa vitamin C Shaklee ada untuk kita semua.
Sustained Release Vita-CTM500 mg
Vita C dengan pelepasan berperingkat dapat membantu dalam menyalurkan vitamin C berterusan. Vita-C 500mg yang semulajadi ini membantu menyediakan vitamin C yang diperlukan tubuh.  Ia juga membantu dalam menyokong tulang, gigi dan gusi yang sihat serta keseluruhan kesihatan tubuh badan.
Paling penting, Vita -C Shaklee tidak mengandungi pewarna tiruan, pemanis, perasa atau bahan pengawet tambahan.

Hubungi saya segera kerana vitamin ini sering kehabisan stok: sms/whatsapp 0129522559

Friday 22 November 2013

Rahsia kurang risiko jatuh sakit.

Pada tahun 1915, multivitamin pertama di dunia telah dicipta dengan nama 'vitalize-mineral' dan disingkatkan kepada vita-min. Perkataan vitamin digunapakai hingga kini, ia bermula dadi Shaklee.
Seiring dengan peningkatan teknologi, multivitamin daalam bentuk cecair telah diubah kepada tablet yang dikenali sebagai Vita-Lea. Dengan 30 nutrisi harian lengkap, 12 vitamin dan 7 mineral penting dalam setiap tablet menjadikan vitalea sangat seimbang. Ia juga disalut dengan serbuk nutrisi kegemaran ramai - spirulina.

Vitalea merupakan multivitamin paling pantas di dunia terlarut dalam air dan juga badan manusia. Mineral yang terkandung didalamnya mudah berintegrasi dengan protin untuk penyerapan pantas oleh usus kecil.




MANFAAT UTAMA :

• Penambahan tenaga segera - pemberi tenaga, kecergasan badan dan kekuatan fikiran, sekaligus membantu sistem memori dan fokus dalam pembelajaran mahupun kerja harian.

• Pelengkap nutrisi - kekurangan vitamin dan mineral penting akibat amalan pemakanan yang tidak seimbang, terutamanya mereka yang vegetarian dan anaemia.

• Keupayaan sistem produktif - penting kepada kanak2 dan remaja yang sedang membesar.

• Metabolisma - sangat membantu dalam stimulasi metabolisma dan melambatkan proses penuaan.

• Elemen penting pada sel badan - menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku, dan hormon, serta menjaga kesihatan tirod.

• Melindungi organ- melindungi fungsi buah pinggang, jantung dan hati.

Ujian klinikal membuktikan, dengan mengamalkan vitalea selama setahun dapat mengurangkan risiko jatuh sakit sehingga 65%.

Siapa yang suka jatuh sakit angkat tangan?

Wednesday 20 November 2013

Vitamin sintetik vs vitamin semulajadi Shaklee

Produk Shaklee terdiri daripada pelbagai produk makanan tambahan, penjagaan diri dan penjagaan rumah. Ia adalah dari bahan semulajadi, yang terbukti selamat dan berkesan. Malah telah melalui banyak ujian klinikal sebelum sampai ke pengguna. 

Kebanyakan produk di pasaran yang mengandungi Vitamin C adalah dari sumber sintetik, contohnya asid askorbik yang dimasukkan ke dalam tablet. Ia terhasil daripada ujian makmal bagi menggantikan Vitamin C sebenar. Harganya lebih murah tetapi khasiatnya tidak dapat digunakan sepenuhnya oleh pengguna. Sebagai contoh, daripada 100mg Vitamin C/tablet, penyerapan badan mungkin hanya pada kadar 10-20 mg sahaja. Dan selebihnya dibuang begitu sahaja. Bukan ia satu pembaziran kepada wang yang diperuntukkan untuk membeli Vitamin C sintetik tersebut ? Jadi kenapa pilih sintetik ? 
 
Lihat kepada hasil analisa kromatogram ke atas sumber Vitamin C ini. 

Garisan yang jelas dan bergalur bahagian tepi didapati pada corak bahan-bahan semula jadi adalah disebabkan oleh enzim dan aktiviti enzim yang berlaku. Semakin jelas garisan tersebut menunjukkan terdapat unsur semulajadi yang kuat di dalam bahan tersebut. Perkara penting yang perlu ingat bukan sahaja sumbernya sahaja tetapi juga proses yang terlibat dalam menentukan produk akhir. Ini kerana manusiatidak boleh mencipta produk yang penuh dengan enzim jika anda menghasilkan produk menggunakan haba yang tinggi. Ini akan hanya  memusnahkan enzim. Sama seperti anda tidak boleh mengambil kentang dan rebus dan kemudian menanamnya dan mengharapkan ia berkembang.

Mari kita lihat pada gambar pertama. Satu adalah C semulajadi (gambar kiri atas) dan Vitamin C sintetik (asid askorbik), Jus Orange Asli (gambar kiri bawah) dan jus oren sintetik yang anda biasa lihat di kedai runcit. Perhatikan kejelasan garisan dan tepi sisi bergalur tersebut. Ada perbezaan bukan ?
Sekarang, perhatikan garisan dan galuran tepi yang sama yang wujud ke atas produk yang dihasilkan oleh Shaklee, iaitu multivitamin Vita  Lea dan Vitamin C. Garisan tersebut semakin jelas. Bukankah ia satu penanda bahawa produk Shaklee adalah daripada sumber semulajadi ? 


Vitamin C Shaklee adalah diekstrak daripada bioflavanoid yang didapati daripada kulit oren yang mempunyai kandungan Vitamin C lebih tinggi daripada isi oren itu sendiri. Malah ia ditambah baik dengan biji anggur yang meningkatkan kandungan Vitamin C. Selain itu, istilah "bio" digunakan kerana ia dapat meresap masuk ke sel selular badan yang paling seni bagi tujuan penyerapan yang tinggi. 

Jadi, penyerapan khasiat ini dapat meningkatkan sistem imunisasi badan bagi melawan penyakit. Malah pengguna dapat melihat manfaat daripada perubahan kulit yang kusam kepada "glowing", mengurangkan stress, membantu penyerapan nutrien dari yang diambil dari makanan, mengurangkan risiko gusi berdarah dan turut membantu dalam pemulihan arthritis dan pembentukan pelincir pada sendi. Itu adalah sebahagian daripada manfaat menjadi lebih sihat dan dapat melakukan aktiviti/kehidupan seharian dengan lebih yakin dan gembira. Pada harga yang lebih murah jika dibandingkan dengan kualiti produk, berbanding dengan vitamin sintetik, pengguna mendapat kesan dan hasil yang meyakinkan.  Nilai wang ringgit yang dilaburkan dimanfaatkan dengan kesihatan yang baik. Bukankah itu menguntungkan ?

Tuesday 19 November 2013

Lelaki tak payah makan suplemen?

Siapa kata ? Kajian menunjukkan orang lelaki paling perlukan makanan tambahan seperti vitamin dan mineral. Kenapa ya ? Senang jer, untuk yang tak kuasa nak baca artikel dan Journal. Pergilah ke IJN dan hospital, siapa pesakit yang paling ramai. Orang lelaki. Yang tukang eskotnya ialah para isteri yang setia. Sanggup menunggu berjam-jam, meneman suami di wad lagi. Bak kata Prof Muhaya, para suami yang macam ni, tanya mereka "Bang, kalau terus macam ni, abang boleh pilih siap-siap nak duduk hospital mana esok?"...yerlah yang orang lelaki la yang paling banyak hisap rokok. Tak malu dan tak tak tau pula nak hormati orang lain yang sedang makan, hisap rokok di tempat awam dan di depan anak isteri pula. Jika keluarga mereka sendiri pun mereka tak boleh hormat, apakan daya kita sebagai orang luar. Ini adalah fakta ya. Perhatikan sekeliling kita. Bila dah sakit nanti mulalah 1 keluarga berkampung di hospital.

 

Satu perkara yang saya sering perhatikan kepada baby yang lahir. Tips ini saya dapat dari pembacaan saya. Tapi bila diperhatikan ada benarnya. Saya nak tahu jika ayah/abah/bapa kepada bayi tersebut adalah perokok atau tidak memang senang sahaja. Perhatikan bibir atas mereka. Jika ia merah bermakna bukanlah perokok. Jika ia nampak lebam dan warna bibir atas dan bibir merah tidak sama, memang sahlah bapanya perokok. Kasihankan, dari situ kita dah boleh bayangkan berapa banyak asap rokok yang ibunya sedut (second smoker) sewaktu hamil dan bibir tadi adalah sebahagian kesannya yang boleh kita nampak. Belum lagi kesan tak nampak...

Nak berhenti merokok memang banyak alasannya, bukan senang. Jadi, sebelum terlambat ambil supplement Shaklee untuk mengimbangi kesan tadi. Info menunjukkan:
vivix Shaklee sesuai untuk berhenti merokok :

vivix untuk berhenti merokok dan jadi lebih sihat

Vitamin lain yang sesuai untuk lelaki
  • Asid lemak Omega 3 dapat meningkatkan kesihatan kardiovaskular (jantung, pengaliran darah, otak dan sendi)
  • Vitamin E dapat memelihara jantung, otot, prostat, peparu, kolon/usus dan sistem imunisasi badan
  • Zink sangat baik untuk tindakbalas enzim dan kimia tubuh. Ia juga memainkan peranan penting dalam organ seks lelaki.
Jadi apa tunggu lagi. Dapatkan OmegaGuard, Vitamin E dan Zinc untuk pada harga istimewa 

Mahu membuat tempahan?



goodnaturalheal@gmail.com

 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjq8JHHHirfTikO618LjL2QL9mzlOk4qPtuXWGwELCrzmUT5TyHOmO1RViw3E-hiBGFbr4OVCgsWpSGJFm6Puw0RZ7hU3yI7SIKTwf1QBUphUMwRinpSjBliC0zC-GMVYStG-brqaFKng8/s1600/sms+or+whstsapp.JPG  Rahimin 012 9522559
Sila la ye..
 

Sunday 17 November 2013

Bagaimana menjadi menjadi kacak dengan Suplemen Shaklee

Gambar Hiasan: sumber google.

Bagi lelaki yang ingin tampil kacak dan berkeyakinan perlulah menjaga segala aspek terutamanya kesihatan. Shaklee menyediakan suplemen yang sesuai bukan untuk wanita sahaja tetapi untuk lelaki yang "macho" diluar sana.
Ketiga-tiga suplemen ini  secara keseluruhannya memberi kebaikan seperti :
  • Memelihara kesihatan prostat
  • Meningkatkan kecergasan dan kesihatan badan
  • Memelihara jantung yang sihat
  • Membantu mengekalkan tekanan darah normal
  • Mengawal tahap kolesterol yang sihat
Jom kita lihat apakah kebaikan setiap satu suplemen ini.
ZINC COMPLEX
Zinc merupakan satu komponen yang amat penting dalam proses tumbesaran dan perkembangan tubuh badan. Ianya hadir di dalam tubuh badan sebagai sebahagian daripada tindakbalas enzim di mana ianya terlibat di dalam pelbagai aktiviti biokimia.
Satu tablet sehari sudah cukup untuk membekalkan 100% nilai harian bagi zinc.
Bagi lelaki zinc amat penting dalam sistem reproduktiviti. Ia membekalkan nutrien kepada sistem pembiakan lelaki di samping memelihara kesihatan keseluruhan sistem tersebut. Kajian mendapati pengambilan zinc di di kalangan lelaki dapat mengurangkan pembengkakkan pada kelenjar prostat dan mengatasi masalah yang berkaitan dengan sistem pembiakan lelaki.
Oleh itu pengambilan zinc amat digalakkan oleh golongan lelaki untuk mencegah penyakit dan masalah yang berkaitan dengan kesihatan lelaki seperti kanser prostat dan sebagainya.
VITA E COMPLEX
Vitamin E merupakan sejenis antioksidan kuat yang boleh larut dalam lemak di mana ia menyokong kesihatan jantung, otak dan prostat di samping meningkatkan fungsi peparu, kolon dan keimunan. Bagi lelaki vitamin E memberi kebaikan dalam mencegah kanser prostat.
Satu kapsul gel lembut Vitamin E membekalkan 400IU vitamin E daripada sumber semulajadi dan 10mcg selenium sebagai pelengkap bagi menyempurnakan aktiviti Vitamin E. Untuk kehenseman :
  • Vitamin E mencantikkan & melembapkan kulit
  • Vitamin E mengatasi parut jerawat & dapat mengecutkan jerawat yang baru nak naik.
OMEGA GUARD
Omega Guard turut disarankan kepada golongan lelaki memandangkan mereka juga berisiko menghidap penyakit jantung, darah tinggi dan stroke. Khasiat yang terkandung dalam omega berupaya mencegah pelbagai penyakit yang berkaitan dengan sistem kardiovaskular.
Satu hidangan omega guard membekalkan 990mg asid lemak omega 3 yang terkandung di dalam Omega Guard Shaklee.
Kesimpulannya, jika anda seorang lelaki yang mementingkan kesihatan, bermulalah dari sekarang untuk mengamalkan pengambilan ketiga-tiga suplemen ini untuk memcegah anda daripada di jangkiti penyakit-penyakit yang tidak diingini. Omega guard juga membantu dalam pembakaran lemak dan mengurangkan lemak dalam badan dan tinggallah otot otot yang mancho tu.
 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...