“Ish… ana tak nak la nak menjual, sheih. Em, takut jatuh ‘martabat’ (sebagai best student!)” jawapan saya pada sahabat bila diminta menjual untuk tambahkan dana bagi menggerakkan dakwah di kampus.
“Kenapa jatuh martabat pulak. Nabi berniaga, tak jatuh pun martabat kenabian!”
Balas sahabat saya. ‘Sakit’ pipi saya. Terasa seperti dipelempang oleh
tazkirah tersebut. Nabi juga berniaga. Jadi, siapa saya hingga rasa
terhina untuk berbisnes?
Tazkirah sahabat tu membuatkan saya terfikir-fikir. Ada yang tak kena dengan cara saya berfikir.
Ramai benar orang di luar sana berbisnes begitu.
Duit, duit dan duit. Duit adalah segala-galanya. Asalkan dapat jual,
asalkan dapat duit, mereka rasa mereka berjaya. Rupa-rupanya, itulah
dinamakan kapitalis! Di hujung perjalanan mereka duit – dunia. Dapat untung, dapat kaya, itulah rukun iman bagi kapitalis.
Persoalan sekarang, adakah Nabi berbisnes begitu? Pastinya tidak.
Roh Bisnes Dalam Islam
Bisnes dalam Islam tak begitu. Ia tak cukup dengan
sah ataupun tidak aqad jual beli, tapi lebih daripada itu. Bisnes Nabi
bukan sekadar syariat lahir, tapi ada roh di dalamnya. Kata orang
Rufaqa’, berbisnes bermodalkan Tuhan, dan bermatlamatkan Tuhan.
Bisnes wujud sebab setiap manusia ada keperluan
(sebagai pengguna). Keperluan makan dan pakai, keperluan kesihatan,
keperluan hidup selesa, keperluan bergerak ke sana ke mari, keperluan
perlindungan dan keselamatan dsb. Tak kira kecil atau besar (dewasa),
mereka semua ada keperluan.
Setiap Manusia Ada Keperluan
Siapa yang sediakan keperluan tersebut? Ya. Allahlah yang sediakan keperluan tersebut – melalui orang yang berbisnes!
Orang yang berbisnes, maksudnya dia membuat kerja
sebagai Khalifah Tuhan – sediakan keperluan manusia. Dia bertungkus
lumus membantu ramai manusia untuk dapatkan keperluan. Kerjanya
membantu, memberi khidmat dan memberi manfaat. Lebih ramai manusia dapat
manfaat dari dia, lebih besarlah kasih sayang Tuhan padanya. Dan lebih
untunglah dia di Akhirat kelak!
Oh, betapa mulianya orang yang berbisnes.
Berbisnes Mencari Akhirat
Orang mukmin berbisnes mencari Akhirat. Dia kejar
Akhirat, tapi Tuhan pakejkan dunia bersama Akhirat. Dunia (profit) akan
kerjarnya dari belakang. Dunia tak perlu dirisaukan-risaukan. Asalkan
dia patuh pada hukum syariatullah dan sunnatullah (sains) dalam
perniagaan, dunia Akhirat dia akan dapat. InsyaAllah.
Dulu saya fikir, nak kejar Akhirat, kena duduk lama
di masjid dan tikar sejadah. Kena banyak bersolat, berwirid dan
mengaji. Tak perlu fikir sangat pasal kerja dan kerjaya. Tapi sebenarnya
fikiran tu adalah silap. Itu ‘sekular’ namanya. Memisahkan dunia dan
akhirat. Padahal dunia adalah ladang untuk Akhirat. Setiap aktiviti kita
di dunia, sepatutnya ada kena mengena dengan Akhirat.


Memberi Manfaat Sesama Manusia
Nakkan akhirat tak cukup dengan ibadah khusus. Kita
kena keluar, beri manfaat kepada manusia – beribadah umum. Selain
dakwah, berbisnes salah satu cara memberi manfaat sesama manusia.
Saya cukup kagum dengan mereka berbisnes.
Kerana ada orang berbisnes cakoi contohnya, saya
dapat jimat duit dan masa untuk menikmati cakoi. Walaupun saya boleh
buatnya sendiri, peniaga cakoi memudahkan saya. Tak perlu berhabis masa
menguli, dan tak perlu berhabis duit membeli bahan-bahan membuat cakoi.
Oh, betapa berjasanya si penjual cakoi pada saya…
Si Penjual Cakoi Mencari Akhirat
Bayangkan jika penjual cakoi tu buat dengan
terbaik, letak bahan terbaik, pastikan kebersihan dan kesuciannya
terbaik, berjual beli dengan cara terbaik, wah… besarnya kasih sayang
Tuhan untuk si penjual cakoi. Si penjual cakoi telah beri manfaat pada
saya dan ramai manusia. Manusia suka, Tuhan redha. Akhirat dia dapat,
dunia Tuhan pakej sekali.
Bila Tuhan suka dan manusia (pelanggan) pun suka, untung rugi tak perlu dirisau-risaukan lagi.
Jom berbisnes dengan sertai Shaklee..Hubungi saya untuk mendaftar.
kredit : http://www.mohdzulkifli.com/
Jom berbisnes dengan sertai Shaklee..Hubungi saya untuk mendaftar.
kredit : http://www.mohdzulkifli.com/
No comments:
Post a Comment