Berikut adalah cara mudah (bagi yang boleh follow) untuk kehilangan berat badan sekaligus membantu anda mengurangkan berat badan secara sihat. Hindari yo-yo diet yang akan meningkatkan berat anda berganda-ganda. haaaa!
Tips 1: Ketahui berapa banyak KALORI yang anda perlukan
Tips 2: Makan sekurang-kurangnya 5 hidangan BUAHAN dan SAYURAN setiap hari
penuh dengan berfaedah serat vitamin, dan antioksidan
- cepat berasa kenyang
- rendah kalori dan
- membantu untuk mengekalkan kiraan kalori yang rendah.
Tips 3: Perhatikan SAIZ HIDANGAN anda

- Jangan cuba habiskan makanan walaupun sudah kenyang
- Cuba hadkan daripada sepinggan nasi penuh melimpah kepada 3/4. Latih diri supaya makan secara sihat. dan berkurang dari hari ke hari.
Tips 4: Jangan Skip Meals
Makan sikit tetapi kerap untuk membantu mengimbangi pengambilan kalori sepanjang hari dan juga mengekalkan paras gula darah yang seimbang.
- Daripada makan 3 kali hidangan berat, lebih baik cuba untuk makan 5 - 6 hidangan kecil sepanjang hari.
Tips 5: Pilih makanan yang segar dan sihat
- Membeli makanan segar dan mengelakkan makanan yang diproses.
- Makanan yang diproses adalah punca sebenar obesiti, bukan daging atau karbohidrat.
- Makanan segera mengandungi lebih tinggi kandungan sodium dan lemak.
- Masak makanan di rumah.(No msg, better ingredients
Tips 6: Jangan OBSES DIET
Setiap orang ada makanan kegemaran, makanan sedikit untuk kepuasan diri. tetapi berhati-hati, nanti terlebih kerap dan banyak pula makan. Kekerapan makan boleh mengembalikan tabiat lama anda.
Tips 7: Fahami Keperluan dan Label Makan
Produk yang dilabelkan dengan bebas lemak tidak bermakna bahawa ia adalah rendah kalori.
- produk yang dilabel sebagai rendah gula atau rendah karbohidrat tidak bermakna ia adalah rendah lemak atau kalori.
- Sentiasa membaca label pemakanan pada bungkusan.
Tips 8 : Jauhi minuman bergula dan berkarbonat
Jus, soda, krim & gula dalam kopi atau teh semua menambah berat.
- Pilih untuk minum air koson. anggaran 25kg = 1L
Tips 9: Simpan jurnal makanan
Menyimpan jurnal makanan membantu anda mencorak makanan anda dan mengawalnya.Jika boleh consult dengan doktor anda.
Tips 10: Senaman
30 - 60 minit aktiviti fizikal setiap hari untuk kekal sihat.
- cuba menambah aktiviti senaman sekurang-kurangnya 2 kali seminggu. Ini akan membantu membakar beberapa kalori yang tidak diingini.
Rujukan : HealthCastle.com
kredit: http://munirahazam.blogspot.com/
Namun sekiranya anda rasa sukar melakukan semua diatas Shaklee ada menawarkan produk yang membantu mengawal berat badan dengan perbelanjaan rendah
No comments:
Post a Comment