Thursday 27 June 2013

Berkongsi tentang keperluan makanan tambahan

ALASAN KENAPA ANDA PERLUKAN MAKANAN TAMBAHAN

Sahabatku.. mana yang lebih penting? Kekayaan atau kesihatan. Aku pilih kesihatan sebab kalau kaya sekalipun tapi selalu sakit tak guna jugak kan. Kalau hari-hari sakit, harta dan duit yang ada tak boleh digunakan jugak, malah terpaksa berhabis untuk tujuan rawatan. Kekayaan pun penting jugak. Jadi dalam mengejar kekayaan dan kemewahan, kita janganlah mengabaikan kesihatan. Laburkan sedikit duit untuk meningkatkan kesihatan badan sendiri atau orang-orang tersayang kerana penyakit datang seperti kilat tetapi pergi seperti siput..Lihat sekeliling kita, ramai yang berpenyakit pada masa ini. tidak mustahil kita juga akan mendapat penyakit kerana gaya hidup kita pada zaman serba moden ini.

1. Sesetengah zat makanan contohnya vitamin E dengan dos yang diperolehi dari makanan tambahan memberikan kebaikan kesihatan yang lebih berkesan. Pengambilan makanan tambahan seperti vitamin C membantu mencegah ataupun melambatkan penjelmaan sesetengah penyakit-penyakit teruk seperti penuaan awal, selaput mata, rheumatoid arthritis dan diabetic.

2. Buah-buahan dan sayur-sayuran yang ditanam di atas tanah yang tidak subur mengandungi vitamin dan galian yang kurang berbanding dengan buah-buahan dan sayur-sayuran yang tumbuh di tanah yang subur dan kaya dengan zat makanan. Di samping itu racun perosak , racun serangga , racun tumbuhan dan bahan pencemar yang lain juga mempengaruhi kualiti buah-buahan dan sayur-sayuran.


3. Zat-zat makanan akan hilang semasa proses pengangkutan , penyimpanan dan penyediaan. Vitamin2 tertentu seperti vitamin C dan enzim akan mudah musnah oleh haba semasa dimasak. Buah-buahan seperti epal mulai hilang kandungan Vitamin C sebaik sahaja ianya dipetik.

4. Pengambilan minuman keras, merokok, ubat-ubatan , laksatif dan antibiotic mengganggu penyerapan zat makanan. Pengamalan diet yang tinggi kafien , lemak , kolestrol, gula dan garam mengurangkan simpanan zat makanan di dalam tubuh.



5. Kita biasanya makan mengikut rasa dan bukan asas pemakanan. Contohnya makan nasi lemak sebagai sarapan pagi dan roti canai semasa minum petang. Kita sentiasa makanan oleh kerana kita lapar ataupun kita bosan atau demi memenuhi ketagihan atau kepuasan terhadap sesetengah makanan. Kita jarang makan kerana kita memerlukan zat makanan tertentu.Pengambilan minuman ringan (soft drink) menjadi satu trend pada hari ini. Begitu juga dengan semua makanan segera yang terkenal dan kini disogokkan dengan pelbagai mainan agar anak memujuk kita membeli yang mana makanan ini sangat tinggi kandungan lemaknya.

 


6. Memakan makanan seperti hotdog, stik, burger menjadi semakin popular terutamanya bagi masyarakat bandar. Dengan adanya semakin ramai kaum ibu yang bekerjaya, usaha untuk memperolehi tiga hidangan masakan rumah menjadi semakin sukar. Makanan yang dijual diluar biasanya rendah dengan nilai makanan, sedangkan kandungan MSG( monosodium glutamate), garam dan lemak adalah tinggi. Ini meningkatkan lagi kejadian kes diabetic, kanser dan jantung.


7. Seandainya anda mencari-cari pemakanan tambahan tetapi tidak tahu bagaimana, Shaklee dapat membantu anda memperolehi kesihatan secara menyeluruh sepanjang hayat anda. Berdasarkan kepakaran dan teknologi proprietary selama lebih 40 tahun, Shaklee mempunyai pelbagai jenis produk pemakanan yang boleh anda pilih untuk memenuhi keperluan zat makanan anda. Adakah ia mahal? rawatan penyakit lebih mahal kerana bukan sahaja menuntut perbelanjaan tetapi juga meragut masa emas anda yang berharga.


Anda jangan tersilap! Ramai yang telah membuat tanggapan yang salah. Ringkasnya vitamin adalah bahan organik yang diperlukan dalam kehidupan. Vitamin penting untuk kelangsungan fungsi  harian badan dan tidak boleh dihasilkan atau disintesis di dalam badan. Mari kita baca beberapa tanggapan salah mengenai suplement.
1. Supplement adalah ubat – TIDAK. Supplement bukan ubat. Ubat terdiri daripada bahan jenis dadah yang ‘asing’ untuk tubuh kita. Supplement adalah vitamin-vitamin pembina tubuh yang diperlukan oleh tubuh badan kita.

2. Kita tak perlu vitamin sebab dah cukup makan – Bila diselidiki diet harian kita, kebanyakan yang kita makan tu HAMPAS sahaja.

3. Semua supplement sama saja – TIDAK. Kebanyakan supplement di pasaran adalah dari sumber sintetik. Suplemen terdiri dari 3 jenis : sintetik, organik dan semulajadi. Yang terbaik tentunya supplement semulajadi macam keluaran Shaklee.

4. Supplement memberi kesan sampingan – BETUL sekiranya ia dari sumber sintetik. Suplement semulajadi TIDAK memberi kesan sampingan.

5. Supplement diperlukan oleh orang kurang nutrisi seperti mangsa kebuluran sahaja – TIDAK. Supplement adalah untuk orang yang mementingkan kesihatan.


Tahukah anda kebanyakan rasa penat, letih, lesu, stress adalah antara petanda anda kekurangan vitamin?

Mulai sekarang ubahla gaya hidup kita, corak permakanan kita supaya kita kekal sihat. Utamakan kesihatan kita sebelum terlewat.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...