Sunday, 28 July 2013

Suplemen Untuk Jantung

Shaklee lancarkan suplemen khusus untuk Jantung - CoQHealth Plus



  Sulplemen untuk jantung adalah produk terbaru Shaklee. Suplemen untuk jantung diberi nama CoQHealthPlus!produk suplemen untuk jantung ini diharap dapat membantu pesakit jantung agak lebih sihat dan sesuai juga kepada sesiapa saja yang inginkan suplemen untuk jantung sihat.

Bradford Richardson (kanan) bersama Victor Lim (dua dari kiri) dan Cindy Latham (kiri) melancarkan produk baharu dari Shaklee, CoQHealth semasa Persidangan Kebangsaan Shaklee 2012/2013 di Subang Jaya, semalam.
SUBANG JAYA 8 Jun - Shaklee Products (M) Sdn. Bhd. (Shaklee Malaysia), melancarkan CoQHealth Plus yang dapat membantu menyokong jantung sihat dan menangani masalah penyakit kardiovaskular yang juga pembunuh nombor satu dalam kalangan rakyat Malaysia.

Presiden Shaklee Antarabangsa, Bradford Richardson berkata, produk terbaharu yang ditawarkan itu mengandungi kesemua perubatan semulajadi daripada campuran 28 miligram (mg) zat makanan larut lemak yang hadir secara semulajadi di dalam tubuh badan (CoQ10) beserta Vitamin E dan ekstrak teh hijau.


"Produk ini didatangkan di dalam bentuk kapsul dengan bantuan minyak kacang soya bagi memastikan penguraian serta penyerapan yang maksimum dalam sistem tubuh badan ketika diambil.


"Dengan sebiji kapsul yang diambil sehari selepas makan, ia mampu menyokong penghasilan tenaga bagi jantung, meningkatkan peredaran serta membantu menambah dan mengekalkan paras CoQ10 di dalam darah serta juga kaya dengan lain-lain kebaikan," katanya di sini hari ini.


Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian Persidangan Kebangsaan Shaklee 2012/2013.


CoQHealth Plus dijual pada harga RM124 kepada bukan ahli manakala hanya RM99 bagi ahli.


Yang turut hadir Pengurus Besar Serantau Shaklee, Victor Lim dan Naib Presiden Kanan Pemasaran Global Shaklee, Cindy Latham.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130609/dn_17/Shaklee-Malaysia-lancar-CoQHealth-Plus#ixzz2Z616qQzV
© Utusan Melayu (M) Bhd 




Coenzyme Q10 biasanya dikaitkan dengan pencegahan serangan sakit jantung.

Apakah Coenzyme Q10 ni?

Ia adalah nutrisi larut lemak yang ditemui secara semulajadi dalam setiap sel tubuh kita untuk fungsi sel yang baik. Terutama pada organ-organ yang bekerja keras seperti jantung, hati, pangkreas dan buah pinggang.

Coenzyme Q10 bertindak umpama spark plug bagi sel bagi menukarkan makanan kepada tenaga untuk fungsi sel. Sel tubuh kita membakar gula dan lemak dari makanan kita, dan CoQ10 ni diperlukan dalam proses ini. Proses penghasilan tenaga inilah yang membolehkan jantung berdegup dan organ lain berfungsi.

Tanpa Coenzyme Q10, sel-sel kita tidak dapat menghasilkan tenaga.. umpama lampu tanpa starter. Walaupun lampu masih baru, bekalan elektrik elok, tapi tanpa starter lampu tak boleh menyala.

Tubuh kita menghasilkan CoQ10 sendiri, tapi penghasilannya makin menurun bila kita makin meningkat usia. Samalah seperti kolagen dan sebagainya. Faktor luar seperti diet yang tak seimbang, pendedahan terhadap redikal bebas dan penggunaan ubat-ubatan juga mengurangkan COQ10 dalam tubuh.

CoQ10 membantu mengukuhkan otot-otot jantung, menyokong keupayaannya mengepam darah sekaligus memperbaiki aliran darah.

Ia juga bertindak sebagai antioksidan yang kuat dan membantu melindungi arteri dari pengoksidaan kolesterol LDL yang menyebabkan penyumbatan salur darah.

CoQHealth™ Plus mengandungi kesemua proprietari semulajadi daripada campuran 28mg CoQ10 dengan Vitamin E dan ekstrak Teh Hijau yang didatangkan di dalam kapsul bioketersediaan minyak kacang soya bagi memastikan potensi penguraian maksimum dan penyerapan yang lebih baik.


CoQ10 telah dibuktikan dapat:
• Menyokong penghasilan tenaga bagi jantung
• Menggalak dan melindungi arteri sihat terhadap 
   pengoksidaan LDL
• Meningkatkan peredaran darah
• Membantu menambah dan mengekalkan paras CoQ10 di 
   dalam darah


Apakah perbezaan CoQHealth Plus:

  • 1 kapsul CoQHealth Plus = 28mg CoQ10 = 1.7kg ayam atau 28 cawan brokoli!
  • CoQ10 + Vitamin E = mengukuhkan keupayaan antioksidan yg terdapat dalam Vitamin E. CoQ10 bantu kitar & jana semula Vitamin E, untuk memberikan perlindungan antioksidan berterusan terhadap sel2 tubuh.
  • Ekstrak Teh Hijau (mengandungi procyanidins) - menyokong kesihatan endothelium (lapisan tisu antara kapilari darah & jantung)
  • CoQ10 dari kaedah penapaian yis semulajadi - bahan mentahnya merupakan satu2nya CoQ10 semulajadi dari yis yg ditapai (sumber telah diuji dan diyakini ramai mempunyai kualiti tinggi dlm sumber bioketersediaan CoQ10.
  • Tanpa Gluten.

Dos: 1 kapsul sehari selepas makan
goodnaturalheal@gmail.com

 http://3.bp.blogspot.com/-4_lUoZ6E69g/UPQiicocOII/AAAAAAAABps/YKvglfIETlc/s1600/sms+or+whstsapp.JPG  Rahimin 012 9522559
 
Sila la ye..

Tuesday, 23 July 2013

Migrain: Punca dan Cara Mengatasinya

Migrain ialah sejenis penyakit kepala yang kronik. Mangsa migrain mungkin tidak mampu menjalankan tugas seharian, tidak boleh makan, minum dan hanya mampu berehat sahaja ketika sakit menyerang. Pesakit migrain sering mengadu sakit berdenyut-denyut di sebelah bahagian kepala. Jika kronik, migrain boleh menyebabkan rasa pening (nausea), muntah, cirit birit dan juga sensitif terhadap cahaya dan bunyi.


Sebab-sebab gaya hidup mungkin punca utama migrain

§         Tidak cukup atau terlebih tidur, atau tidur yang tidak teratur boleh menyebabkan migrain

§         Pemakanan yang tidak seimbang 

§         Perubahan cuaca (Ini termasuk keadaan pancaran matahari yang terang atau lampu)

§         Bunyi dan bau kuat.

§         Menonton TV atau menghadap skrin komputer terlalu lama.

§         Tekanan emosi atau stres

§         Merokok  

§         Jantina (3 – 4 kali lebih kerap di hidapi wanita berbanding lelaki)

§         Ketidakseimbangan hormon ketika datang haid (bagi wanita).

Namun begitu, punca sebenar penyakit ini masih belum dipastikan sehingga kini.

Pakar kesihatan percaya yang migrain adalah berpunca dari salur-salur darah di dalam kepala yang mengembang dan kemudian menguncup secara mengejut.


Wanita mempunyai kecenderungan menghidap migrain yang lebih tinggi berbanding lelaki (75%), kebiasaan sebelum haid dan selepas menopaus. Penemuan terbaru juga mengatakan ia mungkin disebabkan genetik.  


Bila migrain datang, pesakit akan diberi ubat tahan sakit, ubat tahan muntah dan sebagainya bagi mengawal kesakitan mereka. Bagi pesakit yang agak teruk, dos dadah yang lebih tinggi diberikan agar dapat melalikan sistem badan mereka daripada kesakitan yang ditanggung.


Oleh itu, adalah lebih baik pesakit memilih cara alternatif untuk mengatasi masalah migrainnya. Pengambilan supplemen natural adalah langkah terbaik bagi mengatasi masalah migrain.

Kenapa pengambilan supplemen lebih baik daripada ubat? Sebab, ia diperbuat daripada bahan makanan (vitamin semulajadi) dan ekstrak daripada makanan-makanan yang membekalkan nutrisi seimbang. Pengambilan ubat (dadah) yang berlebihan akan lebih memudaratkan kesihatan badan.




Mari kita lihat supplemen yang disyorkan untuk mengatasi migrain:


Ostematrix (Kalsium, Magnesium & Vitamin D)


Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan degupan jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah. Kalsium amat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf, otot, serta buah pinggang kita.  



Magnesium pula mustahak dalam mengekalkan metabolisma kalsium.  Ia membantu mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu sebab migraine berlaku. Kajian menunjukkan Magnesium dapat membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan kekerapannya berlaku.



Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium tanpa vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh menjadi sisa / batu dalam ginjal atau pundi kencing.



B Complex


Vitamin B2 (riboflavin) dan Vitamin B6 (Pyridoxine) telah terbukti boleh membantu mengurangkan kesakitan migrain. Vitamin B yang lengkap dalam B Complex Shaklee ini akan memastikan anda bukan saja kurang risiko diserang migrain, tapi juga penyakit-penyakit lain seperti depresi dan strok.



Bagi pesakit migrain, adalah dinasihatkan supaya cuba mengenali sebab-sebab migrain menyerang pada masa tertentu. Sekiranya ia berpunca dari pemakanan, maka ubahlah pemakanan, begitu juga dengan perkara-perkara lain seperti aktiviti dan gaya hidup.



Sila mempertimbangkan tentang mengambil vitamin/supplemen sebagai satu percubaan untuk mengurangkan migrain, kerana ia pasti lebih baik daripada ubat yang berasaskan dadah secara berterusan.


goodnaturalheal@gmail.com
 http://3.bp.blogspot.com/-4_lUoZ6E69g/UPQiicocOII/AAAAAAAABps/YKvglfIETlc/s1600/sms+or+whstsapp.JPG  Rahimin 012 9522559
 
Sila la ye..

Sunday, 21 July 2013

Berkongsi Set Slim Bajet

RAKYAT MALAYSIA RAMAI YANG BERMASALAH BERAT BADAN

 
Set slim bajet,pada harga mampu milik. Set slim bajet Tidak mengandungi bahan terlarang kerana berasaskan sumber semulajadi. Set Slim Bajet adalah pilihan terbaik untuk yang mahu langsing secara natural.

Sila Hubungi Jika Ada Pertanyaan atau Tempahan.
Saya Sedia Membantu Anda:
Rahimin 0129522559 (WhatsApp/sms/call)
FB: rahimin mohamed

  1. Lecitin bertindak sebagai pelarut utk kolestrol,triglycerides dan lemak2 yg lain.Sebab tu ia membantu mencegah penyakit2 seperti high blood pressure,stroke,heart disease, arteri yg mengeras ... Malah sesetengah pakar mengesyorkan pengambilan up to 6000-7000mg sehari jika berhadapan dgn masalah kesihatan yg sebegini
  2. Kenapa org yang nak kurus suke lecitin?Sebab ia bertindak mengemulsikan lemak (ayat simplenye..ianya memecahkan lemak)..Tahukah anda..Lecitin mampu membakar lemak lebih cepat jika disertakan dengan senaman yang bersesuaian... Pengambilan Lecitin 4000mg sehari pasti membuahkan hasil yang diidamkan.
  3. Lecitin memainkan peranan utama dalam penyerapan zat2 penting dari saluran darah ke dalam sel2 bdn..Tanpa lecitin yg mencukupi..membran sel akan mengeras dan seterusnya menyukarkan proses penyerapan....Banyak faktor seperti bahan2 kimia daripersekitaran yg tercemar,bahan2 metal,dadah,food additives, pesticides, etc.. semuanya menyebabkan membran sel mengeras yang mana pastinya menyukarkan proses penyerapan zat2...jadi dgn cara menambahkan pengambilan Lecitin ,pasti ianya keputusan yg bijak.,
  4. Lecithin membantu mengurangkan atau mecegah penyakit berkaitan hati....
  5. Lecitin merupakan sebahagian dari unsur yang mengelilingi fiber saraf.Tanpanya,fungsi saraf ni kurang efisien. Sebab tu mereka2 yang menderita akibat multiple sclerosis, fibromyalgia, tekanan, PMS, dapat merasakan kesan yang positif apabila mengambil lecitin
  6. Lecitin membantu sistem imunisasi dengan membalut sel darah merah kita dan seterusnya memberi perlindungan dari serangan virus,germs,bakteria.Disamping itu, struktur lecitin itu sendiri melindungi sel dari teroksida
  7. Lecithin juga dikenali sebagai makanan otak dan saraf.Ia membantu sel otak berkembang,penting dalam transmisi saraf impuls dalam otak dan memainkan peranan dalam neuro transmitter(berkaitan short term memory) . Lecitin dipercayai mampu mengurangkan atau mencegah senility (nyanyuk) atau Alzheimer's disease. Malah sesetengah pakar menyarankan pengambilan 7000mg sehari utk memulihkan sistem ingatan...
  8. Lecithin juga dikatakan sumber hormon neurotransmitter dimana ia menggalakkan proses tidur.Kekurangan hormon ini dikatakan punca insomnia..
  9. Lecitin adalah asid lemak perlu yang penting dalam penjagaan paru2 kerana kebolehannya mencairkan mukus dan mencegah iritasi .Dan sebab itulah ianya berguna bagi2 mereka2 yg ada alergi,hay fever,asma,bronkitis dan emphysema
  10. Lecithin bertindak sebagai pelincir bagi joint(sendi2) dan membantu dalam penjagaan tisu buah pinggang as well as the sistem penghadaman.
  11. Lecithin adalah zat utk kecantikan.. ianya perlu dalam menghasilkan rambut yg sihat..cantik berkilat,kulit yang lembut gebu dan juga dalam mencegah eczema.
  12. Lecithin diperlukan dalam penghasilan pelbagai hormon seperti epinephrine, .Sebab tu ianya amat berguna dalam mengurangkan atau mencegah PMS dan gejala2 menopause.
  13. Lecithin, bersama unsur2lain digunakan utk membuat BILE.. Bile ni fungsinya plak mencairkan lemak dan ..Pengemulsian ini memudahkan penyerapan zat2 seperti vitamin A,D,E dan K ke dlm badan
*Sebiji lecitin Shaklee mengandungi 530mg of Lecitin..jadi kiralah sendiri yer brapa biji anda perlu mkn sehari.. :-)
  
goodnaturalheal@gmail.com
 http://3.bp.blogspot.com/-4_lUoZ6E69g/UPQiicocOII/AAAAAAAABps/YKvglfIETlc/s1600/sms+or+whstsapp.JPG  Rahimin 012 9522559
Sila la ye..

Berkongsi tentang Testimoni Omega Guard

Omega Shaklee adalah salah satu produk Shaklee yang terhangat. Ianya adalah minyak ikan yang padat dengan DHA dan EPA dan telah dibuktikan melalui satu ujian. Omega Shaklee telah diuji bersama-sama brand lain seperti Pristin, Biogrows, Kordel's, Blackmores dan banyak lagi. Ternyata Omega Shaklee adalah yang terunggul, kerana dalam setiap 1000mg minyak ikan Omega Shaklee, terdapat 540mg EPA dan 360mg DHA. Satu kapsul dengan penuh kebaikan. Berikut adalah hasil perbandingan EPA dan DHA tersebut:

ternyata Omega Guard Shaklee yang mengandungi paling tinggi DHA dan EPA

Kebaikan dan keberkesanan Omega Shaklee ini telah dibuktikan melalui testimoni-testimoni mereka yang telah menggunakan Omega Shaklee. Diantaranya:

Kandungan anti-radang di dalam Omega Shaklee membantu meredakan batuk juga selsema. Dada akan merasa hangat, jadi kahak dan mukus dapat dicairkan. Begitu juga dengan penghidap asthma atau lelah, antara makanan terbaik untuk mengelakkan serangan adalah dengan mengambil makanan yang mengandungi agen anti radang yang terdapat di dalam omega 3 seperti salmon, tuna, walnut, flaxseeds dan berbagai lagi. Jika mahukan sesuatu yang lebih mudah berikan sahaja Omega Shaklee, bukan sekadar omega 3 dari sumber minyak ikan, malahan omega 3 tumbuh-tumbuhan ALA juga terdapat di dalam Omega Shaklee ini.

Diantara kebaikan lain Omega Shaklee adalah:

  • Mengurang risiko serangan sakit jantung kepada bekas pesakit serangan jantung
  • Menurunkan kandungan kolestrol
  • Memelihara kesihatan pembuluh darah di dalam badan
  • Mencairkan lemak yang tersangkut di dalam saluran-saluran darah
  • Menurunkan berat badan
  • Bagus untuk kesihatan kulit
  • Memelihara kesihatan jantung
  • Mengurangkan risiko terkena selsema yang berulang-ulang
  • Membina jaringan otak yang sihat
  • Otak bayi di dalam kandungan menjadi lebih aktif 
  • Menyokong kesihatan sendi
  • Menguat memori yang lemah
omega guard shaklee
ada 90 kapsul di dalam 1 botol

Dapatkan segera hari ini, minyak ikan paling baik, zero bahan kimia dan juga HALAL.
Hubungi saya untuk harga yang sangat istimewa!!

Sila Hubungi Jika Ada Pertanyaan atau Tempahan.
goodnaturalheal@gmail.com
 http://3.bp.blogspot.com/-4_lUoZ6E69g/UPQiicocOII/AAAAAAAABps/YKvglfIETlc/s1600/sms+or+whstsapp.JPG  Rahimin 012 9522559
Sila la ye.. 
 
kredit: http://welovesusuibu.blogspot.com

Saturday, 20 July 2013

Kanser Prostat Punca Kematian Lelaki

Seperti yang kita tahu, kanser prostat adalah pembunuh ke2 lelaki. Menerusi pembacaan majalah iSihat, da satu fakta menarik tentang Vitamin E boleh mengurangkan risiko kanser prostat.

Berdasarkan artikel dari iSIHAT:

> Kajian mendapati, kesan jangka panjang terhadap pengambilan Vitamin E mampu mengurangkan risiko kanser prostat dikalangan penghisap rokok.

> Vitamin E berperanan meningkatkan pengeluaran air mani pada sesetengah lelaki. Jadi dalam erti kata lain meningkatkan kesuburan lelaki.




PROSTAT adalah kelenjar seks lelaki. Saiznya adalah sebesar kacang walnut. Ia terletak di bawah pundi-pundi kecil di hadapan rektum. Prostat mengelilingi bahagian atas uretra iaitu saluran yang membawa air kencing dari pundipundi kencing. Untuk membolehkan ia berfungsi, prostat memerlukan hormon lelaki terutamanya testosteron yang dihasilkan oleh testis. Hormon-hormon yang lain pula dihasilkan dalam jumlah yang kecil oleh kelenjar-kelenjar adrenal. Seperti juga organ-organ badan yang lain, prostat terbentuk daripada berbagai-bagai jenis sel. Biasanya sel-sel berpecah untuk menghasilkan sel-sel yang lain apabila diperlukan. Proses ini membantu mengekalkan kesihatan badan.

Kanser prostat yang baru bermula seringkali tidak menunjukkan tanda-tanda. Apabila tanda-tandanya muncul, ia mungkin melibatkan beberapa masalah berikut:


Daripada penulisan Dr Bruce Miller, kita perlu tahu apakah ciri-ciri vitamin E yang selamat diambil bukan dalam jangka masa pendek tetapi juga dalam jangka panjang.


Bukan sebarangan Vitamin E boleh diambil oleh kita. Jangan hanya menilai daripada harga kerana sepatutnya panduan pemilihan Vitamin E ni harus dititikberatkan.


Vitamin E Shaklee terdiri daripada Vitamin E d-alpha tocopherol concentrate and d-alpha tocopheryl acetate selain lengkap dengan Selenium [as selenium yeast].


Vitamin E sahaja tidak sempurna tanpa selenium.

Pengambilan vitamin E perlulah lengkap dengan selenium untuk mendapat kesan pengambilan yang optimum manakala tanpa selenium ia boleh bertindak sebagai toksik dalam jangka panjang kerana ia tidak dapat melaksanakan fungsinya dengan baik. Sekiranya anda pengamal vitamin E selain jenama Shaklee, pastikan juga anda membeli vitamin selenium supaya vitamin E anda dapat berfungsi dengan lebih baik.
Sama seperti Vitamin A, kita tidak boleh mengambil Vitamin A berlebihan kerana ia boleh mengakibatkan toksik kepada badan melainkan kita mengambil vitamin Pro- Vitamin A seperti Beta Carotene yang mana ia hanya akan ditukar kepada vitamin A bila diperlukan saja.

Makanlah vitamin E bersumber semulajadi dan ini boleh dilihat pada label botol vitamin anda sama ada ia 'd' atau 'l'. Bagi yang bertulis pada label dengan 'd' ini bermakna ia adalah sumber asli. Manakala 'l' adalah sumber tiruan atau sumber kimia. Mengapa perlu memilih sumber asli? Supaya lebih mudah diserap oleh badan berbanding sumber tiruan atau sumber kimia kerana jika tidak dapat diserap oleh badan , ini akan menyebabkan toksik kemudan hari dan penyebab kepada wujudnya abnormal sel dalam badan.

Mungkin anda merasakan vitamin E Shaklee mahal berbanding vitamin E di luar sana [ dalam pasaran] tetapi kita perlu tahu nilai yang kita bayar. Vitamin E Shaklee adalah bersumberkan asli dan lengkap dengan selenium.

Kini Vitamin E Shaklee ditambah dengan ekstrak Biji Anggur untuk hasil yang lagi hebat!
goodnaturalheal@gmail.com
 http://3.bp.blogspot.com/-4_lUoZ6E69g/UPQiicocOII/AAAAAAAABps/YKvglfIETlc/s1600/sms+or+whstsapp.JPG  Rahimin 012 9522559
Sila la ye..

Friday, 19 July 2013

Kongsi Tentang Bahaya Kanser

Kadar peningkatan penyakir kanser meningkat begitu mendadak di negara kita   termasuk juga kadar kematian. Di Malaysia, 45,000 rakyat Malaysia dilaporkan mengidap penyakit kanser setiap tahun. Statistik ini sangat membimbangkan kerana tiga dari empat pesakit kanser gagal diselamatkan atau sembuh. Lima senarai jumlah kes kanser tertingggi ialah kanser payudara, usus, paru-paru, dan serviks.



          Terdapat lima jenis kanser paling utama bagi lelaki yang direkod di negara ini ialah kanser usus besar, paru-paru, nasofarinks (belakang rongga hidung bersempadan dengan dasar tengkorak, lelangit dan rongga mulut), prostat dan hati.Sementara bagi pesakit wanita membabitkan kanser payu dara, usus besar, serviks, ovari dan tiroid,
       Walaupun kanser bukan penyakit berjangkit, namun jumlahnya terus bertambah dan menjadi antara 10 punca utama penduduk negara ini dimasukkan ke hospital kerajaan.


Di Malaysia, berdasarkan laporan Pejabat Pendaftaran Kanser Negara yang dikeluarkan pada 2008 mencatatkan jumlah pesakit kanser pada 2003 hingga 2005 ialah sebanyak 67 792 orang. Daripada jumlah tersebut 43.7 peratus (29 596 orang) pesakit lelaki dan 56.3 peratus (38 196 orang) pesakit wanita. Secara purata, setiap tahun sebanyak 35 ribu orang pesakit kanser baharu dikesan di Malaysia.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), kanser menjadi penyumbang utama kepada kadar kematian manusia di dunia. Misalnya pada 2007, 7.9 juta kematian atau 13 peratus daripada jumlah kematian manusia di dunia disebabkan oleh penyakit kanser.

WHO juga melaporkan bahawa sebanyak 11.3 juta orang menghidapi kanser pada 2007 di seluruh dunia dan dianggarkan pada 2030 jumlah ini terus meningkat dengan kadar yang cukup pantas, iaitu sebanyak 15.5 juta juta orang bakal menghidap kanser.

Jenis kanser tertinggi yang menyumbang kepada kematian ialah kanser payu dara dan kanser paru-paru. Menurut laporan WHO, setiap tahun sebanyak 1.5 juta kes baharu kanser payu dara dicatatkan di dunia. Jika dihitung dengan lebih terperinci, setiap bulan, 88 512 kes dikesan, setiap hari 2950 kes, setiap jam 122 kes, dan setiap minit dua kes kanser berlaku di seluruh dunia.

         Kanser bukanlah penakit yang berjangkit tetapi ia banyak menyerang kita kerana cara hidup dan pemakanan yang kurang sihat.Apabila kita tidak makanan makanan yang sihat, nutrient tidak dapat disalurkan kepada sel-sel kita yang sihat. Apabila sel-sel badan kita dirosakkan oleh "radikal bebas' cthnya asap rokok yang menyerang paru-paru setiap hari, sel paru-paru jadi rosak. Kita pula tidak membantu dengan tidak memakan makanan yang sihat yang boleh membekalkan nutrient untuk membaiki sel paru-paru yang rosak. Maka ianya akan terus rosak, rosak dan rosak sehinggalah semua sel rosak dan paru-paru tidak berfungsi lagi.

                                                         

Kanser ada banyak bentuk, tetapi secara asasnya ia terjadi apabila sel berkembang secara abnormal. Apa juga sebabnya, ianya bermula apabila sel mula bermutasi dan berkembang secara ganas. Jika ianya dibiarkan dan tidak dihalang oleh antioksidan, sel kanser akan mula menakhluk sel sihat dan mengambil semua nutrien yang ada pada sel sihat.

CARA CECAH KANSER: MENGHALANG SEL YANG ABNORMAL BERKEMBANG DENGAN MENYIHATKAN SEL-SEL SIHAT DENGAN NUTRIENTS YANG CUKUP.

TUGAS KITA! MEMBERIKAN SEL SIHAT KITA MAKANAN NUTRIENT YANG DIPERLUKAN DENGAN MEMAKAN MAKANAN YANG KAYA ZAT, SAYUR-SAYURAN DAN BUAH-BUAHAN. DAN KALAU TAK SUKA SAYURAN DAN BUAH-BUAHAN, SUPPLEMEN JADI KEPERLUAN.

Kanser boleh di cegah dengan membuat sedikit perubahan dalam cara hidup kita., Elakkan menghidu asap rokok yang penuh dengan gas carcinogen, makan buah-buahan yang banyak serta sayuran-sayuran segar, mengamalkan senaman yang konsisten  dan mengamalkan supplemen.

  • Menurut kajian, mereka yang mengamalkan Vitamin C dan Vitamin E ( antioksidan) mengurangkan peratusan mengidap risiko kanser kerana antioksidan merupakan palam pencucuh kepada sistem perlindungan badan yang menghalang sel kanser berkembang.Anti oksida merupakan nutrisi yang boleh melindungi sel-sel ini daripada radikal bebas, meningkatkan kesihatan sel secara menyeluruh dan menyediakan perlindungan untuk menentang kerosakan sel-sel.
  • Kajian yang dibuat oleh National Canser Institute, mereka yang mengambil selenium ( selenium terdapat dalam Vitamin E Shaklee) kurang risiko mengidap kanser terutamannya kanser paru-paru, prostate, dan usus.(Vitamin E Shaklee adalah bersumberkan asli.Vitamin E Shaklee terdiri daripada Vitamin E d-alpha tocopherol concentrate and d-alpha tocopheryl acetate.Vitamin E Shaklee lengkap dengan Selenium [as selenium yeast]*)

SUPPLEMEN YANG DICADANGKAN

Vitamin ACE ( Caratomax, Vitamin C dan Vitamin E)
  • ANTIOKSIDAN – diperlukan untuk memerangi radikal bebas dalam tubuh, mencegah kanser
  • MENINGKATKAN FUNGSI METABOLIK TUBUH
  • MENGELAKKAN ATHEROSCLEROSIS – arteri mengeras apabila timbunan kolesterol jahat (LDL. vitamin C merendahkan paras LDL dan menaikkan paras HDL.
  • IMUNITI – meningkatkan imuniti
  • MENYINGKIRKAN TOKSIN
  • MEMELIHARA SEL-SEL
 
VIVIX-Minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. Vivix ™ mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.
INGIN PENJELASAN & PEMBELIAN SILA CONTACT YE:


goodnaturalheal@gmail.com
 http://3.bp.blogspot.com/-4_lUoZ6E69g/UPQiicocOII/AAAAAAAABps/YKvglfIETlc/s1600/sms+or+whstsapp.JPG  Rahimin 012 9522559
Sila la ye..
*Set Trial Pek untuk yang ingin mencuba juga ada.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...