
Tahukah anda yang Alfalfa ni raja segala tumbuhan. Alfalfa
merupakan pusat pengumpulan segala nutrien. Akar tunjangnya yang mengunjur
sedalam enam meter ke bawah mampu menyerap pelbagai zat dan mineral daripada
mendapan di dalam tanah, sementara daunnya mengumpul klorofil yang banyak
melalui proses fotosintesis semulajadi. Alfalfa mengandungi vitamin A, C dan E
serta kalsium, potasium, fosforus dan zat besi.
Alfalfa Complex merupakan Formula Shaklee Signature yang pada
asalnya dibangunkan oleh Dr Shaklee dalam tahun 1950an. Dibuat daripada tanaman
Alfalfa (Medicago sativa) secara organik. Hanya daun-daun alfalfa yang dituai
dan dikeringkan dengan udara semulajadi bagi mengekalkan nutrisi yang
terkandung didalamnya. Daun alfalfa yang kering kemudiannya dibiarkan menjadi
serbuk dan dikompres untuk menjadi tablet dengan menggunakan haba yang rendah untuk mengawal
aktiviti enzim.. Agar hasil produk adalah seakan-akan sama dengan alfalfa
semulajadi.
Yang uniknya alfalfa complex tidak mengandungi perasa tiruan,
pemanis, pewarna, bahan pengawet tambahan, fungisid,bakteriosid, hormon2
sintetik,pengawalatur tumbesaran atau bahan-bahan kimia.
Namun begitu, kadangkala seseorang yang mengguna makanan tambahan akan mengalami healing kriss atau proses pemulihan.
Apakah itu Proses Pemulihan?
Proses pemulihan
adalah satu kaedah natural untuk pembersihan tubuh badan. Apabila kita
mengambil supplemen (khasnya dari sumber semulajadi), badan mula untuk
membersihkan dirinya daripada bahan-bahan toksik yang telah membina dari masa
ke masa. Ini mungkin asing kepada badan seperti bahan pencemar atau bahan
buangan metabolik yang telah terkumpul dalam badan kita.
Semua penyembuhan bermula dari dalam badan sehinggalah ianya
dikeluarkan dari badan. Selalunya bermula dari kepala ke bawah, dari
organ-organ yang lebih penting kepada organ-organ kurang penting dan mengikut
tertib kronologi terbalik sebagaimana gejala-gejala mula muncul.
Sebagai contoh, sekiranya kulit kita tersumbat dengan
bahan-bahan asing yang tidak diperlukan dalam badan, selepas pengambilan
vitamin (selalunya vitamin antioksidan seperti C dan E), proses pemulihan akan
berlaku dimana tubuh badan akan cuba untuk mengeluarkan bendasing tersebut.
Cara pengeluaran adalah bergantung kepada tubuh badan masing-masing.
SATU CARA MENGATASI
KRISIS PENYEMBUHAN ADALAH DENGAN MELALUINYA.
Semasa krisis penyembuhan, mungkin akan kelihatan seolah-olah
keadaan bertambah buruk. Ini adalah benar dan mengikut konsep dimana badan
membersihkan dirinya dari toksin agar penyakit itu boleh secara beransur-ansur
sembuh.
Pemulihan krisis juga akan menyebabkan gejala daripada
penyakit-penyakit lama seolah-olah kembali ke tahap yang tertentu.
Oleh sebab ini, saya sarankan pada mereka yang belum pernah
memakan vitamin, bersabar dengan proses pemulihan ini. Sekiranya proses penyembuhan
terlalu kuat, boleh kurangkan dosage supplemen atau ambil selang sehari. Namun
ini tidak akan memberhentikan proses penyembuhan. Apabila kita mengambil
vitamin semula, ianya akan berlaku lagi sehinggalah tubuh badan dibersihkan.
Adalah lebih baik untuk meneruskan pemakan supplemen agar proses pemulihan akan
berlalu dengan cepat. Pastikan mengambil banyak air untuk membantu mempercepatkan
proses penyembuhan.
Sila hubungi untuk pertanyaan atau pesanan
1. PM Facebook : Rahimin_mohamed


kredit: http://health-wellness-nature.blogspot.com
No comments:
Post a Comment