Tuesday 17 December 2013

Bagaimana Meningkatkan Tenaga 5 Kali Ganda Secara Sihat?

Tahukah anda bahawa Shaklee juga mempunyai minuman isotonik yang dikenali sebagai Shaklee Performance Drink (Pure Hydration Drink). Performance Drink ini memang popular di kalangan ahli sukan. Mereka sering mengamalkannya sebagai salah satu vitamin untuk bersukan. 


Performance Drink Shaklee minuman Isotonik


Betulkah Performance Drink ini minuman isotonik? Ramai yang tidak mempercayai bahawa Shaklee juga mampu menghasilkan minuman isotonik. Tapi pelu diingatkan bahawa minuman isotonik Shaklee ini berbeza dengan minuman isotonik lain yang terdapat di pasaran. Apakah perbezaannya?


Ciri-ciri utama Performance Drink ini adalah:
  • Ia adalah minuman ahli sukan yang mengandungi imbangan elektrolit yang sempurna untuk membantu mencegah dehydration, seperti fungsi minuman isotonik.
  • Ia membekalkan 3 jenis karbohidrat bagi tenaga dan stamina.
  • Membantu tubuh kita menjaga kestabilan bendalir agar tidak kekeringan.
  • Mengandungi formula karbohidrat unik Shaklee iaitu opticarb yang membekalkan tenaga serta merta. Opticarb ialah rangkaian karbohidrat yang memberikan kita tenaga berterusan tanpa menganggu kestabilan gula dalam darah.
  • telah terbukti di makmal (ujian makmal bersama-sama high-level athletes
Performance Drink ini sesuai diambil ketika :
  • cuaca panas melampau (badan dehydrated)
  • badan tidak sihat (demam/ selesema/ cirit-birit)
  • beriadah atau bersukan
  • melakukan kerja berat seperti buruh binaan dan nelayan
Golongan yang sesuai mengambil Performance Drink:
  1. Mereka yang aktif bersukan .
  2. Mereka yang berpuasa (diambil semasa sahur dan berbuka).
  3. Mereka yang menghidap gout.
  4. Ibu yang menyusukan anak.
  5. Ibu hamil yang mengalami muntah kronik (terutama muntah air) akibat dari morning sickness, dan tiada selera makan.
  6. Mereka yang kurang minum air.
  7. Mereka yang kerap sakit kepala.
  8. Bila rasa nak demam, atau sedang demam.
  9. Kanak-kanak yang demam.
  10. Menggantikan minuman ringan terutama yang berkarbonat (kerana Performance Drink tiada karbonat!)                                                                                                                                                                         kredit: http://superbvitamin.blogspot.com/                                                                                                                   
    Sila hubungi untuk pertanyaan atau pesanan

    1. PM Facebook : Rahimin_mohamed

    goodnaturalheal@gmail.com
     https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjq8JHHHirfTikO618LjL2QL9mzlOk4qPtuXWGwELCrzmUT5TyHOmO1RViw3E-hiBGFbr4OVCgsWpSGJFm6Puw0RZ7hU3yI7SIKTwf1QBUphUMwRinpSjBliC0zC-GMVYStG-brqaFKng8/s1600/sms+or+whstsapp.JPG  Rahimin 012 9522559
    Sila la ye.. 

Friday 13 December 2013

Ingin hamil? Ikhtiar dengan GLA Complex.



Bagaimana GLA Complex Shaklee membantu anda untuk cepat hamil?

Antara fungsi GLA (gamma linolenic acid) adalah menurunkan kolesterol dan ia membantu melegakan sindrom pra haid (PMS) seperti senggugut, dan membantu meningkatkan lendir servik yang berkualiti untuk kesuburan. 

Bagaimana GLA Complex membantu dalam PMS (senggugut)? 



Ini kerana, apabila seseorang mengalami senggugut, ia melibatkan kekejangan pada otot dalam rahim dan sekitarnya. Menurut kajian, keadaan ini berlaku apabila tubuh seseorang kekurangan GLA (gamma linolenic acid) itu tadi. Jadi sebagai memenuhi GLA yang kurang tadi, pengambilan GLA complex adalah perlu. Ini adalah kerana GLA ditukarkan kepada prostagdalin E1. 
(Prostaglandin merupakan bahan hormon dalam badan. Ianya penting untuk fungsi kimia badan seperti mengawal tekanan darah, mengawal muscle contraction, menghalang rembesan gastrik dan banyak lagi. Ia juga adalah anti keradangan, anti pembekuan darah di samping mengurangkan tekanan darah)

Bagaimana GLA Complex membantu untuk mudah hamil


GLA membantu seorang wanita menghasilkan lendir serviks yang berkualiti untuk kesuburan iaitu lendir yang bewarna putih telur. Sebulan sekali seorang wanita akan mengeluarkan cecair yang sebegitu, yakni sewaktu subur. Namun, tak semua orang mendapati cecair yang dihasilkannya sebegitu ‘subur’. Di sinilah fungsi GLA untuk membantu dalam penghasilan cecair yang melambangkan kesuburan ini, yang membantu sperma untuk berenang ke uterus, terus ke tiub falopio untuk bersenyawa dengan sel ovum. Bukan itu saja, cecair ini juga membantu sperma untuk terus hidup dalam tiub falopio sehingga 5 hari. Jadi, kalau tak ‘kena’ hari subur pun masih ada can sebab sperma masih ada di situ sampai hari ke-5 (^__^)
Jadi, puan2 yang masih belum dikurniakan rezeki anak, cuba periksa cecair serviks anda. Kalau cecair tu tebal, kecoklatan, kering… itu petanda kurang baik sebab ia boleh menghalang persenyawaan.
Jadi, penting ya puan2 untuk mengenali ‘cecair kesuburan’ kita ni.

Bagaimana pula kalau dah subur, adakah akan terlebih subur bila ambil GLA complex? Jawapannya tidak, GLA complex membantu mereka yang kurang subur, tapi kalau dah subur tu takdelah sampai sebulan 2-3 kali bertelur
  
kredit: http://vitaminsemulajadi.com/


Saturday 7 December 2013

Alzheimer : Bukan Faktor Usia Semata-mata.

 
Alzheimer atau nyanyuk sudah tidak lagi dikaitkan dengan proses penuaan. Tambahan pula sejak munculnya formula-formula anti-penuaan (anti-aging) yang menyifatkan penuaan bukan sebab usia, tapi kerana wujudnya radikal2 bebas dalam tubuh kita. Sejajar dengan itu, Alzheimer kini dikenali sebagai penyakit progresif yang berlaku akibat kehilangan sel saraf otak. Ia disebabkan oleh ‘kehilangan’ sel otak secara sedikit demi sedikit, yang menyebabkan pesakit mengalami kekurangan fungsi mental dan akhirnya fungsi fizikal.

Ia adalah kerana fiber-fiber saraf di sekitar hippocampus, yakni pusat ingatan dalam otak menjadi ‘tersimpul’. Kekusutan yang berlaku terhadap saraf2 itu menyebabkan ia tidak dapat menyimpan dan menterjemah sebarang maklumat. Dengan kata lain, mereka ni mengalami ‘litar pintas’ dalam otaknya.

Alzheimer sebenarnya bukan perkara normal pada orang tua. Ini kerana ia telah dikelaskan sebagai sejenis penyakit, bukan sebahagian dari peningkatan usia. Ada sesuatu yang tidak kena pada pengidap Alzheimer. Ramai orang yang menghampiri usia 90 tahun masih lagi dapat berfikir dengan sihat dan bijak, contohnya Tun Mahathir.

Menurut kajian, otak penghidap Alzheimer didapati mengandungi kandungan kalsium, silikon, sulfur dan aluminium yang tinggi. Protein dalam darah juga boleh menyumbang kepada terjadinya penyakit ini.

Setakat ini tiada rawatan untuk pesakit Alzheimer, oleh kerana ia adalah penyakit progresif. Namun, terdapat terapi bagi meringankan masalah yang dihidapi oleh pesakit Alzheimer.

Bagaimana mengawal diri agar jauh dari Alzheimer?
Menurut orang-orang tua, cara untuk mengelakkn dari terkena penyakit Alzheimer ialah dengan memperbanyakkan membaca & mengkali al-Quran, zikrullah serta banyak membaca buku. Nabi SAW juga ada memberi petua bahawa untuk menjauhi nyanyuk ialah dengan melazimkan istighfar 70 kali sehari.

Selain dari itu, penyakit Alzheimer boleh dihindari dengan penjagaan kesihatan, termasuk pemakanan.Berikut adalah cadangan yang boleh diamalkan bagi mengelakkan penyakit Alzheimer:
Vita-E Complex – Vitamin E membantu dalam pengangkutan oksigen kepada sel-sel otak.
B Complex – Vitamin B12 mengelakkan ‘hilang ingatan’ dalam diri kita.
Lecithin – meningkatkan fungsi dan potensi otak.
Omega Guard - dengan DHA untuk meningkatkan daya ingatan dan memperbaikkan fungsi kognitif.
Supplement bagi membantu pesakit Alzheimer:
Energizing Soy Protein - Mengandungi asid amino yang membekalkan tenaga kepada otak, jantung dan otot rangka dengan menyalurkan asid lemak kepada sel-sel tersebut. Cartinine (sejenis asid amino) membantu melambatkan proses ‘penurunan’ mental pada pesakit Alzheimer.
Garlic Complex -membantu melambatkan proses penyusutan otak.

Sekiranya anda mendapati ahli keluarga mengalami masalah seperti mudah lupa, cepat moody, short-tem memory loss, bingung, dan sebagainya – segeralah berjumpa doktor. Pesakit yang melibatkan perkara sebegini perlu mendapat pengesahan doktor kerana dikhuatiri simptom2 tersebut bukan sekadar nyanyuk, tapi ada masalah otak yang lain.

credit: mommy lyna

Sunday 1 December 2013

Promosi Omega Guard bulan Disember 2013

Dec'13 Product Promotion - OmegaGuard (Buy 6 Free 1). 



Hari ni rasa seronok sangat bila dapat tahu promo bln 

Disember ialah Omega Guard! Beli 6 botol dan percuma 1 

botol! Omega guard ni sesuai untuk seisi keluarga dan 

pelbagai fungsinya.. Memang sungguh berbaloi! di samping 

dapat keahlian percuma akan dapat bonus juga! hubungi 

saya segera sms/whatsapp 012 9522559.

(jika ingin sebotol sahaja boleh buat pre order,saya akan 

kumpulkan untuk mencukupkan 6 botol bagi pembelian 

jimat)

  Himpunan testimoni Omega Guard Shaklee: 

 

26 Kelebihan Omega Guard Shaklee Untuk Semua Orang

Omega 3 adalah asid lemak penting yang mengandungi EPA dan DHA yang sangat penting untuk perkembangan memori dan menajamkan minda. Namun tubuh manusia tidak boleh menghasilkan EPA dan DHA ini dan kita perlu mendapatkan sumber EPA dan DHA dari sumber makanan dan juga supplement. 

Sumber EPA dan DHA yang terbaik adalah dari haiwan seperti ikan berbanding tumbuh-tumbuhan yang sukar ditukarkan oleh enzim tubuh.

Tahap enzim tubuh yang bagus dapat memproses kesemua EPA, DHA, ALA dan lain-lain yang lagi yang terkandung dalam Omega 3 dengan maksima. Tak guna juga kita ambil makanan yang tinggi kandunga DHA, EPA dan lain-lain kalau enzim tubuh tidak berfungsi dengan baik.

Jadi amat penting pastikan tubuh dalam keadaan sihat supaya kesemua zat dan nutrien dari makanan dapat diserap dengan baik.

SUMBER OMEGA 3


Kelebihan Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee

1. Minyak Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee diesktrak dari ikan laut dalam dan berair 
    sejuk (sardin, mackerel, herring dan anchovies)

2. Tidak dihasilkan dari minyak hati ikan yang mengandungi toksik. 

3. Omega 3  dalam Omega Guard Shaklee mengandungi 3 kali lebih tumpat dari 
    ketumpatan minyak hati ikan.

4. Sangat berbeza daripada produk omega 3 di pasaran kerana Omega Guard Shaklee satu-
    satunya minyak ikan omega 3 paling tulen, lengkap dengan 7 jenis asid lemak omega 3 
    semulajadi termasuk EPA, DHA dan ALA.

5. 1 kapsul Omega Guard Shaklee membekalkan 905mg asid lemak omega 3, EPA dan DHA.

6. Omega Guard Shaklee dihasilkan daripada kaedah ultratulen bergred farmaseutikal 
    berteknologi terkini

7. Kaedah utlratulen adalah proses penyulingan proprietari 3 molekul untuk mengektrask 
    omega 3 yang tulen dan menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum, 
    merkuri, arsenik, kadmium, dioksin, dan PCB.

26 Manfaat Omega 3 Dalam Omega Guard Shaklee

1.  Omega 3 mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon PMS wanita
2.  Melicinkan kulit dan kelihatan kemerah-merahan
3.  Mencegah salur darah dari tersumbat
4.  Omega 3 dapat mengelakkan strok
5.  Mengekalkan tekanan normal darah
6.  Membantu mengurangkan ketegangan urat leher
7.  Mengurangkan sakit kepala
8.  Merendahkan kolestrol
9.  Omega 3 dapat mencegah pembekuan darah dalam badan
10. Kekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL
11. Mengawal masalah obesiti
12. Mengurangkan risiko penyakit jantung
13. Sangat bagus untuk ibu hamil - membantu tumbesaran dan perkembangan 
      otak janin
14. Meningkatkan perkembangangan memori janin dan kanak-kanak
15. Meningkatkan sistem imun tubuh dan sangat bagus untuk kesihatan kanak-kanak
16. Membantu menyihatkan paru-paru
17. Omega 3 juga boleh memperbaiki masalah alahan kulit seperti eczema, psoriasis, dll
18. Mengurangkan demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE 
      (lupus erythematosus)
19. Omega 3 juga membantu memperbaiki penyakit buah pinggang
20. Membantu menentang kanser paru-paru, payudara, kanser prostat dan kanser kolon.
21. Membantu meningkatkan kesihatan hati selepas pembedahan
22. Membantu pankreas pesakit kanser berfungsi dengan lebih baik 
23. Memelihara fungsi-fungsi sendi
24. Mencegah penyakit gout

Selain itu, Omega 3 yang tekandung dalam Omega Guard Shaklee membantu memperbaiki masalah berkaitan otak sepert:-

- Mencegah insomnia
- Mengurangkan tekanan emosi
- Mengurangkan kemurungan dan kebimbangan
- Membantu memperbaiki masalah autism
- Membantu memperbaiki masalah kanak-kanak hyperactive
- Mengurangkan masalah schizophrenia
- Mengurangkan masalah lupa pada wanita yang telah melahirkan anak


Siapa Perlukan Omega 3 Untuk Menyokong Tahap Kesihatan?

1. Warga Emas
2. Pesakit Jantung
3. Wanita
4. Wanita yang telah melahirkan anak
5. Pesakit darah tinggi
6. Orang yang selalu lupa
7. Kanak-kanak berusia 1 tahun dan ke atas
8. Pelajar
9. Ibu menyusu
10. Ibu Hamil
11. Orang yang mementingkan tahap kesihatan yang bagus




* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
kredit : http://sihatmacamyaya.blogspot.com




Sila hubungi untuk pertanyaan atau pesanan

1. PM Facebook : Rahimin_mohamed

goodnaturalheal@gmail.com
 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjq8JHHHirfTikO618LjL2QL9mzlOk4qPtuXWGwELCrzmUT5TyHOmO1RViw3E-hiBGFbr4OVCgsWpSGJFm6Puw0RZ7hU3yI7SIKTwf1QBUphUMwRinpSjBliC0zC-GMVYStG-brqaFKng8/s1600/sms+or+whstsapp.JPG  Rahimin 012 9522559
Sila la ye..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...