Wednesday 30 October 2013

bagaimana meningkatkan keupayaan otak

Kita, secara normal akan melakukan pelbagai aktiviti seharian seperti bekerja, bersukan, mengemas rumah, malah berfikir pun. Semua ini sebenarnya telah diproses oleh otak dan otak yang menghantar signal ke seluruh badan (saraf) untuk melaksanakannya.

Otak kita merupakan organ hebat, boleh juga kalau nak kata organ ajaib yang dapat memproses aktiviti-aktiviti tersebut dengan kadar sangat cepat. Kita tak dapat rasa pun pemprosesan tu berlaku. Ok, sekarang kagum tak dengan otak sendiri?
Hepp..jangan kagum cepat sangat. Tu baru sikit (kata otak). Bukan setakat itu sahaja fungsi otak, malahan bab perasaan pun sebenarnya bukan hati yang kawal. Semuanya kerja otak. Perasaan cinta, sayang, marah, benci, suka, itu semua kerja otak. 
Dengan segala yang dah 'diberikan' kepada kita selama hari ini, cepat ucap terima kasih pada otak.
Macam mana nak ucap terima kasih pada otak? Dengan beri ganjaran pada otak kita.
Ganjaran atau tanda terima kasih pada otak kita yang saya maksudkan adalah vitamin untuk merangsang otak.
Seiring dengan meningkatnya usia, dalam bahasa senang paham - bila kita makin tua, sel-sel otak pun akan ikut tua. Pada masa ini, kalau kita tak beri ganjaran dari awal pada otak..memang dia dah merajuk dah. 
Setelah dikerah untuk bekerja keras selama ni, sangat tak patut kalau kita membiarkan otak kita 'sendirian'. Dahlah bangun awal pagi nak fikir sarapan apa nak buat, nak mandi dulu ke masak air dulu ni?, eh susahnya nak faham drawing ni, alamak anak kat taska belum ambik lagi, hah? gaji bulan ni sangkut, oh balik kerja nanti kita jogging ye, hujung minggu ni kita mesin rumput ya, jom ke tesco beli barang dapur nak?, lepas tu kita senang-senang hati nak abaikan otak ni? Jangan sampai otak kita merajuk dan buat-buat lupa atau nyanyuk ya.
Untuk mengelakkan perkara tersebut, otak perlu sentiasa dirangsang. Selain dengan beri ganjaran vitamin untuk merangsang otak, kita boleh mula membuat teka silang kata dalam berita harian, main sudoku atau sekadar cuba menjawab soalan matematik tambahan tingkatan empat.

Vitamin untuk merangsang otak boleh didapati daripada makanan berikut :

- Ikan 
Salah satu makanan yang boleh merangsang otak adalah ikan, lebih tepat lagi ikan laut dalam seperti salmon. Ikan salmon terkenal sebagai ikan yang kaya dengan asid lemak omega 3. Haiwan ini dapat merangsang pertumbuhan dan perkembangan jaringan otak. Kita disarankan untuk makan 2-3 hidangan salmon dalam seminggu untuk mendapatkan bekalan omega 3 ini. Soalannya, adakah cara memasak kita tu betul2 selamat dan kita betul2 dapat omega3 yang diperlukan?
Ikan tuna dan markarel juga dikatakan mempunyai kandungan omega 3 yang tinggi, tetapi tidak dapat menandingi salmon.
- Telur
Telur biasa dikenali sebagai hidangan yang cepat dan sedap. Siapa tak pernah bangun pagi goreng telur makan dengan nasi baki malam tadi, tambah kicap jangan lupa. Sebagai makanan yang kaya dengan protein, telur juga mengandungi vitamin yang dapat merangsang otak.
Bahagian kunig telur (ramai yang tidak ambil bahagian ini kan?), mengandungi kolin yang sangat penting untuk perkembangan daya ingatan manusia. 
-Gandum
Banyak produk gandum berada dipasaran hari ini. Sebut saja roti gandum penuh, cereal dan lainnya. Biasanya produk gandum di ambil sebagai sarapan pagi kerana ia merupakan sumber kaborhidrat yang baik. Tapi jangan ambil berlebihan ya.
Dalam gandum terdapat glukosa yang boleh merangsang otak, juga ada vitamin B untuk merangsang saraf.
- Kekacang
Kekacang merupakan makanan yang mengandungi protein dan karbohidrat kompleks. Selain itu ia juga mengan dungi vitamin, mineral dan serat yang baik untuk tubuh.
Kacang disebut sebagai makanan yang boleh merangsang otak kerana ia dapat mempertahankan tenaga dan kemampuan berfikir bagi kanak-kanak. Jika diambil pada waktu pagi, tenaga boleh bertahan sehingga petang.
Salah satu kacang yang kaya dengan asid lemak omega 3 adalah kacang badam.
-Sayuran berwarna
Seperti biasa, sayuran akan masuk dalam mana-mana senarai makanan sihat. Kaya dengan serat, vitamin dan mineral, sayuran memang sangat penting dalam diet harian kita. Sayuran seperti tomato, ubi keledek dan bayam merupakan sayuran anti oksida yang akan membuat sel-sel otak kuat dan sihat.
Kesimpulannya, kita perlu makan makanan yang berkhasiat untuk kesihatan tubuh badan dan merangsang otak kita. Jika tak dapat memenuhi keperluan diet harian yang sihat, kita boleh mengambil suplemen vitamin yang dapat berfungsi untuk merangsang otak kita. Bagaimanapun, kita perlu memilih vitamin yang betul-betul berfungsi sebagai 'vitamin'. Jangan pula anda mengambil vitamin yang penuh dengan bahan kimia kerana ia pasti memberi kesan buruk pada jangka masa panjang.
Omega Guard : sumber minyak ikan sebenar, kaya dengan asid lemak omega 3.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...